IPOH - Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham mendedahkan bahawa pemilikan tanah seluas lebih 4,200 hektar di Kelantan hanya berjaya diperoleh pada April 2012
Menurutnya, beliau bersama pelabur lain termasuk Setiausaha DAP, Nga Kor Ming hanya membeli tanah tersebut setelah syarikat yang dilantik gagal melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.
Katanya, sebelum ini tanah Hutan Simpan Relai, Gua Musang, Kelantan itu sudah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 13 September 2000.

“Kemudian tanah tersebut diluluskan kepada sebuah syarikat untuk menjalankan projek pembangunan tetapi gagal dan ia diambil semula oleh YIK pada 18 Ogos 2004.
“Pada 28 Ogos 2005 sebuah syarikat lain telah dianugerahkan untuk memajukan tanah berkenaan dan surat perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006 namun mengalami nasib sama apabila gagal melaksanakan projek pembangunan di situ.
“Berikutan itu, pemegang saham syarikat terbabit mengambil keputusan untuk menjual syarikat tersebut dan saya bersama pelabur lain termasuk Kor Ming membelinya pada April tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Koo Ham berkata, pembabitannya dalam projek di Gua Musang sudah dimaklumkan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang beberapa bulan lalu termasuk pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Negeri.
“Malah, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin sudah dimaklumkan mengenai pengambilalihan tersebut,” katanya.
Beliau mendakwa, Hamzah sendiri sudah bertemunya secara peribadi di Parlimen dan menjelaskan kerajaan akan meneruskan pinjaman walaupun projek dijalankan pembangkang.
“Beliau (Hamzah) turut menyatakan pembangunan untuk menanam pokok getah klon balak adalah penting untuk memastikan bekalan kayu mencukupi untuk industri perabot,” katanya.
Isu pembelian tanah itu didakwa sebagai ganjaran Pas Kelantan kepada DAP Perak bagi membenarkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar.
- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment