Tuesday, 18 September 2012

KENAPA MUDAH PERCAYA PADA BOMOH...???


BOMOH TERLAMPAU  PERDAYA WANITA NIKAH BATIN 
Seorang bomoh terlampau yang sering menipu pesakitnya yang terdiri daripada golongan wanitauntuk melakukan “hubungan” dengan alasan perubatan akhirnya ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu semalam.

Bomoh Terlampau Di Tahan,Tipu Pesakit Wanita


Dikatakan, sebelum melakukan “hubungan” dengan pesakitnya, bomoh lelaki berusia 48 tahun itu turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Husaini Mustafa berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan ketika merawat seorang wanita berusia 23 tahun.
Katanya, ketika ditahan, lelaki berkenaan hanya berseluar dalam manakala wanita terbabit masih berpakaian lengkap.

GUNUNG BERAPI LOKON MELETUS

Gunung Lokon Meletus Eksplosif

Jakarta : Dua gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus semalam, memaksa pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk dekat kawasan berkenaan berjaga-jaga. 

Gunung berapi Lokon di Sulawesi Utara dan Gamalama di Ternate, Maluku Utara mula meletus semalam, lapor Agensi Bantuan Bencana Nasional (BNPB). 
Lokon memuntahkan abu setinggi 1,500 meter selain lahar manakala Gamalama mengeluarkan abu yang menyelimuti sebuah bandar berdekatan. 

OPRAH WINFREY - WANITA PALING BERKUASA DI AMERIKA SYARIKAT....???!!

Oprah Winfrey
Beri sokongan kepada Obama.

OPRAH WINFREY ~ Sebuah nama besar yang menempa kejayaan di sebalik kehidupan penuh cabaran.

Beliau menjadi wanita paling berkuasa dan berjaya dalam sejarah Amerika Syarikat (AS). Terlalu banyak kisah pahit manis yang mengiringi kehidupan Winfrey bermula saat beliau dilahirkan ibunya yang masih remaja dan belum berkahwin ketika itu.  

SOROS MUSNAHKAN EKONOMI MALAYSIA TAPI ANWAR BAGI DERMA ...?!!


KLIP VIDEO INNOCENCE OF MUSLIMS MASIH BOLEH DIAKSES DI NEGARA INI....???

Innocence of Muslims

Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW masih dipaparkan menerusi YouTube dan boleh diakses dari Malaysia.
Penelitian Sinar Harian Online lewat petang ini mendapati, walaupun jumlah yang disekat oleh kerajaan Malaysia telah bertambah, namun masih ada yang boleh diakses melalui laman tersebut.
Dalam pada itu, melalui penelitian yang dibuat, satu sklip video tersebut telah diberi kata dua oleh YouTube dan peringatan kandungan video tersebut mungkin mengganggu sentiviti masyarakat Islam dan para pengguna perlu menggunakan budi bicara sendiri.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengakui usaha menyekat akses kepada filem kontroversi tersebut masih tidak sepenuhnya di Malaysia tetapi sedang meningkatkan kerjasama dengan pihak luar.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi juga memohon kerjasama masyarakat di Malaysia supaya membantu dan tidak mengakses filem tersebut yang dikatakan akan mengagungkannya.
Sementarai itu,  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan YouTube sebagai tidak sensitif terhadap kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem tersebut daripada senarainya.
Rais juga berkata, pendakwa raya berhak, mengikut Kanun Keseksaaan, untuk mengheret pihak-pihak yang menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama antara kumpulan orang-orang yang melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Monday, 17 September 2012

TANGISAN BAYI BERUSIA 7 BULAN DI SISI JENAZAH IBU


Apabila kita terdengar tangisan bayi, sudah tentu kita memikirkan sama ada ia merengek kelaparan ataupun mahukan perhatian daripada ibunya. Namun tangisan berpanjangan seorang bayi dari sebuah rumah menjadi tanda tanya penduduk setempat lebih-lebih lagi orang yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Rupa-rupanya seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.

NASA SAHKAN MATAHARI SUDAH TERBIT DARI BARAT...???


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.