AIDCNews – Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai penderma lebih $1,000 kepada badan tajaan penyangak mata wang Yahudi, George Soros iaitu ICG (International Crisis Group).
Menurut wikipedia, ICG ditubuhkan pada tahun 1995 oleh dua orang kepercayaan Soros, iaitu Mark Malloch Brown dan Morton Abramowitz.
Malloch Brown adalah Naib Pengerusi Soros Fund Management dan Open Society Institute (OSI), dua organisasi Soros yang sangat penting.
Rangkaian Soros
Ketika mengasaskan ICG, Malloch Brown adalah Naib Presiden Bank Dunia yang berketuakan Jim Wolfensohn iaitu tokoh Zionis yang telah melantik Anwar sebagai ‘Chairman of the bank’s development committee, World Bank/IMF pada tahun 1998.
Jim Wolfensohn bersama isterinya Elaine turut disenaraikan sebagai ‘rangkaian sahabat’ ICG.
Seorang lagi pengasas ICG, Morton Abramowitz juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah OSI bersama dengan Soros.
Menurut Peter Myers, OSI bermatlamat untuk memperjuangkan konsep masyarakat terbuka (open society) dan ekonomi pasaran bebas (free market economy) yang diperjuangkan oleh guru Soros, Karl Popper, dalam kumpulan Mont Pelerin Society.
Bacaan lanjut perkaitan Anwar Ibrahim dengan Mont Pelerin Society, sila baca “Awasi Senjata Terakhir Anwar“, “Awasi Senjata Terakhir Anwar II“, “Awasi Senjata Terakhir Anwar III” dan “Demokrasi Apa Sedang Dikerjakan Anwar & NGO BERSIH ?:
Abramowitz pernah menjadi Presiden ICG pada tahun 1997, ketika beliau merupakan Presiden Carnegie Endowment for International Peace.
Menurut laman koolblue, Carnegie Endowment for International Peace adalah badan yang juga mendapat tajaan Soros.
Perkara itu disahkan oleh laman forbes.com, di mana laman itu menyebut, Carnegie Endowment for International Peace ditaja oleh Soros melalui Open Society Foundations (OSF).
OSF kemudiannya ditukar kepada OSI sehingga tahun 2011.
Sahabat Anwar, Douglas H. Paal adalah Naib Presiden di Carnegie Endowment for International Peace.
Kaitan Douglas Paal Dengan Anwar
Menurut pengakuan bersumpah Datuk Abdul Murad Bin Khalid, semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Anwar selaku Menteri Kewangan pada masa itu telah mengarahkannya untuk membayar sejumlah wang kepada sebuah badan pemikir yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) yang diketuai oleh Douglas H. Paal.
Pengakuan Datuk Murad Seperti berikut :
“Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar.
“Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS.
“APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa.
“APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC.
“Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.
“Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing”.
Soros Musnahkan Ekonomi Malaysia 1997
Mike Billington, seorang wartawan dari EIR (Executive Intelligence Review) dalam rencananya, “British Empire Tool To Recolonize Malaysia” mendedahkan bahawa Soros merupakan penyangak mata wang Yahudi di belakang krisis ekonomi Malaysia 1997.
Ketika itu, Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Tulis Mike Billington, “Apabila Soros mengetuai serangan spekulatif terhadap Malaysia dan jirannya pada tahun 1997, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad, berada dalam keadaan bersendirian di Asia, bertahan dengan melindungi nilai kewangan, dari IMF dan Bank Dunia, dengan mengenakan kawalan mata wang terhadap spekulator, dengan ini menyelamatkan populasinya daripada kemusnahan yang telah memusnahkan jirannya di Asia”.
“Anwar, yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Dr. Mahathir pada ketika itu, telah meminta agar spekulator dibiarkan bertindak bebas, dan mengenakan “syarat IMF tanpa IMF”, sehinggalah Mahathir memecatnya dan melaksanakan kawalan mata wang”.
“Anwar mempertahankan spekulator, mengakui bahawa dia telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, dan mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri yang bebal”.
“Soros membidas Mahathir dan mengugut bahawa Mahathir ‘perlu dipecat dari jawatannya.’ Anwar memimpin demonstrasi anarki terhadap Mahathir, serta memanggilnya sebagai korup dan tidak demokratik”.
Selepas dipecat pada 1998, Anwar memberitahu Asian Wall Street Journal bahawa negara membangun perlu berhenti dari “menuding jari kepada spekulator(Soros) dan meletakkan keadaan di negara mereka dalam keadaan yang teratur terlebih dahulu”.
Mike Billington dalam rencananya, “Gore’s Racist Assault Against Malaysia” pula mendedahkan perkaitan rapat Anwar dan Soros ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat pada 2 September 1998.
“Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu “kroninya” dengan membelanjakan ekonomi:
“Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata George Soros.
Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) yang membantu Anwar ketika itu juga disebut sebagai kroni Soros.
Wikipedia menyebut, “Semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, Anwar sebagai Menteri Kewangan, menyokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) rancangan untuk pemulihan…Walaupun banyak syarikat Malaysia menghadapi kebankrapan, Anwar menyatakan: “Kerajaan tidak akan campur tangan dalam menyelamatkan mana-mana bank untuk melindungi diri mereka dan Anwar menyokong pendekatan pasaran bebas (free-market approach), termasuk pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan”.
Di belakang IMF dan Bank Dunia adalah Soros melalui proksi-proksinya termasuk Jim Wolfensohn, Michael Camdessus dan Malloch Brown.
Dr Mahathir Kritik Soros
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bukunya, “Doktor Umum – Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad”, menulis krisis ekonomi 1997 mula berlaku ketika beliau bercuti dan jawatan Perdana Menteri dipangku oleh Anwar Ibrahim.
“Pada September 1997, saya dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong. Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia. Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.
“Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu, saya sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon saya. Nada suaranya seperti orang marah. Beliau memberitahu saya bahawa ucapan saya menyebabkan nilai ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu saya agar jangan bercakap lagi. Namun, saya terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang,” katanya.
Baca pendedahan Dr Mahathir selanjutnya, sila baca, “Kejatuhan Mata Wang 1997 – Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad“.
Wan Azizah Jumpa Soros
Pada tahun 2000, ketika Anwar dalam penjara, laman fordemocracy.netmendedahkan Soros masih lagi berusaha membantu Anwar melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pada Jun 2000, wakil Soros di Malaysia, Elizabeth Wong (seperti yang disebutSenator Ezam Mohd Noor) mengiringi Wan Azizah Wan Ismail menghadiri World Forum on Democracy (WFD) di Warsaw, Poland anjuran yayasan penyangak mata wang Yahudi itu.
Program itu dirasmikan oleh Madeleine K. Albright yang ketika itu Setiausaha Negara AS membariskan penceramah seperti Aryeh Neier, Presiden OSI (yayasan Soros), Bette Bao Lord, Pengerusi Freedom House, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED), Peter Eigen, Pengerusi Transparency International, Thomas Melia, Naib Presiden National Democratic Insititute (NDI) dan Aleksander Smolar, Presiden Stefan Batory Foundation (satu lagi yayasan tajaan Soros).
Selanjutnya, ikuti pendedahan bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor tentang pertemuan Wan Azizah/Soros.
Anwar Disahkan Rangkaian Soros
Laman rasmi ICG, crisisgroup.org, Anwar Ibrahim di antara individu penderma yang dibuat pada tahun 2009.
crisisgroup.org juga turut melaporkan Anwar dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah yang baru berkuat kuasa pada 1 Julai 2006.
Turut dilantik bersama Anwar adalah Shlomo Ben-Ami, bekas Menteri Luar Israel.
No comments:
Post a Comment