Tuesday, 18 September 2012

KLIP VIDEO INNOCENCE OF MUSLIMS MASIH BOLEH DIAKSES DI NEGARA INI....???

Innocence of Muslims

Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW masih dipaparkan menerusi YouTube dan boleh diakses dari Malaysia.
Penelitian Sinar Harian Online lewat petang ini mendapati, walaupun jumlah yang disekat oleh kerajaan Malaysia telah bertambah, namun masih ada yang boleh diakses melalui laman tersebut.
Dalam pada itu, melalui penelitian yang dibuat, satu sklip video tersebut telah diberi kata dua oleh YouTube dan peringatan kandungan video tersebut mungkin mengganggu sentiviti masyarakat Islam dan para pengguna perlu menggunakan budi bicara sendiri.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengakui usaha menyekat akses kepada filem kontroversi tersebut masih tidak sepenuhnya di Malaysia tetapi sedang meningkatkan kerjasama dengan pihak luar.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi juga memohon kerjasama masyarakat di Malaysia supaya membantu dan tidak mengakses filem tersebut yang dikatakan akan mengagungkannya.
Sementarai itu,  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan YouTube sebagai tidak sensitif terhadap kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem tersebut daripada senarainya.
Rais juga berkata, pendakwa raya berhak, mengikut Kanun Keseksaaan, untuk mengheret pihak-pihak yang menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama antara kumpulan orang-orang yang melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

No comments: