Thursday, 9 August 2012

DAP ANTI ISLAM, LANCAR BOIKOT PRODUK ORANG ISLAM DI FB..!!!


Maklumat diperolehi mengatakan Mazlan Aliman telah diberikan sejumlah wang yang banyak oleh DAP untuk menganjurkan Himpunan Oren tempohari bagi menggagalkan penyenaraian FGV. Dan disebabkan kerana beliau GAGAL, maka cybertrooper DAP sendiri kini telah melancarkan kempen memboikot mana-mana barang keluaran FELDA bagi memastikan FGV gagal, seterusnya memberikan tekanan ekonomi kepada peneroka dan mendapatkan undi protes pada PRU kelak.

Strategi ini juga merupakan serampang dua mata dengan matlamat lainnya adalah untuk memastikan orang Melayu tidak mampu bersaing dengan mereka dari segi ekonomi. Cakap mudahnya, apabila orang Melayu tiada instrumen ekonomi yang kuat seperti FGV dan tidak juga menguasai pasaran makanan dan keperluan, maka selamanya orang Melayu akan bergantung kepada peniaga mereka.

Sekarang siapa yang BODOH dan DUNGU?!! Ada tidak sesiapa yang bertanya kepada mana-mana peserta OREN hari itu, adakah perhimpunan mereka kali ini mempunyai apa-apa matlamat Agama dan Iman?!! Dan dengan mengadakan Himpunan bodoh seumpama itu, adakah PAS waima pakatan rakyat mempunyai strategi perniagaan yang lebih baik bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan kepada para peneroka?!!

Selamanyalah PAS menjadi pencacai kafir harbi DAP dan musuh dalam selimut kepada umat Islam.....FIKIRKANLAH..!!!

TAN SRI JINS SHAMSUDDIN.......INGATAN LEMAH, TIDAK KENALI RAKAN


TAN Sri Jins Shamsuddin, pelakon dan pengarah popular diera 80an kini semakin lemah daya ingatan. Keadaan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dilaporkan semakin lemah apabila beliau sudah tidak mampu lagi mengenali rakan-rakan lama yang menziarahinya pada Rabu lalu (8/8/12). Jurey Latiff Rosli, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berkata, Jins kini semakin sukar untuk mengingati orang sekelilingnya termasuklah mereka yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

HANTU BERBULU DIPAMERKAN PADA UMUM DI SIANG HARI...!!!


Hantu Berbulu Berjaya Ditangkap Di Indonesia

Gambar hantu berbulu ini dikatakan di tangkap oleh seorang bomoh dari indonesia Di Pasir Putih Situbondo, Jawa Timur, kemudian di ikat di pokok di kawasan kampung mereka untuk tontonan umum.

***Kata orang, hantu bila hari dah siang, akan hilang.... tp apsal hantu tu steady je ekkk.... hantu ke orang utan??? Ishhh!!! Bulan Ramadhan pun ada hantu jugak ke...???

GEMPAR ! GERGASI SATU BADAN TIGA KEPALA ADA DI MALAYSIA..???


Penggunaan tiga tema Hari Kebangsaan oleh negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) membuktikan mereka tidak bersetuju atau sependapat, meskipun dalam perkara yang mudah, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Beliau berkata tindakan pembangkang itu memberi gambaran, negara pasti akan dalam keadaan kucar-kacir jika mereka diberi peluang mentadbir negara.

KENAPA SAYA TIDAK UNDI PAS....???!!



BUKA MINDA..... FIKIR-FIKIRKAN... UBAH SEBELUM TERLAMBAT!!! 

NUFFNANG BERWAJAH BARU

Lihat perubahannya....




Ia diakui sendiri oleh tuan punya badan :




Apa kata.... anda login ke akaun nuffnang masing-masing dan lihat sendiri perubahannya........cek kit dot!!!

***Teman rasa.... inilah post paling sengal yang teman buat sepanjang teman berblog!!!!


STATEMENT GILA BABI PAS : AKUI HARAM UNDI DAP, TAPI DEMI MENJATUHKAN BN, HALAL PULAK!!!!


KOTA BHARU  - Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Beliau mendakwa, dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun.

"Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud selain banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

"Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku.

 Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang.

"Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang, jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN, maka ia dibolehkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana adalah jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Difahamkan sebelum ini, pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengeluarkan arahan meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat mengakui kapasiti yang ada pada parti itu sekarang terlalu kecil dan ia memerlukan kepada pakatan kukuh bagi menumbangkan kerajaan BN yang mempunyai banyak komponen.

~ Utusan Malaysia ~