Showing posts with label CERITA ARTIS MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label CERITA ARTIS MALAYSIA. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

KEBAYA 'MODEN' NEELOFA.... KETAT DI ATAS, SINGKAT DI BAWAH!!!


Memang cantik kebaya ini bila disarungkan ke tubuh Neelofa yang memang cantik tu.... cuma nampak kurang sesuai bila kain baju kebaya yang sepatutnya labuh di singkatkan (sahih utk tunjukkan peha putih gebu tu...)

Sebagaimana yang ramai tahu.... BAJU KEBAYA adalah pakaian warisan masyarakat Melayu.....seharusnya ditampilkan sopan sesuai dengan imej gadis melayu yang menjunjung adat-adat kesopanan Melayu. 

Monday, 24 September 2012

BAHAGIAN MANA 'UNTUK 3 HARI'... RASHIDI LAFAZ CERAI VANIDAH ???


PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

TERKEJUT ! ROZITA CHE WAN DI SIASAT ANAK DATUK K...




Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.

Rozita dikatakan terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gossip berkenaan.  Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.

'Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau.  Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan'.

Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza, isteri Datuk K.

'Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin'.

sumber

Thursday, 20 September 2012

JARAK JAUH PUNCA YUNA DAN QI BERPISAH


Dipetik dari RotiKaya.

Teka teki hubungan cinta antara mereka berdua kini akhirnya terlerai juga apabila Yuna sendiri mengakui yang ikatan cinta antara mereka sudah tidak seperti dahulu.
Dalam kenyataan terbaru kepada GUA hari ini, Yuna mengakui yang dirinya kini telah kembali solo & sepakat bersama Qi untuk tidak terikat dengan komitmen kepada sesiapa.
“Susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia di sini. Saya hormati kemahuan dia, dan dia juga hormati kemahuan saya,” ujar Yuna baru baru ini.
Yuna turut mengatakan keputusan ini di’ambil supaya masing masing boleh menumpukan lebih perhatian kepada karier dan Yuna & Qi kini masih berkawan seperti biasa.
“Jarak jauh memang menyulitkan untuk saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing,” tambah Yuna yang kini solo tetapi not available.
Dari gaya Yuna, nampaknya semacam ada harapan untuk hubungan ini apabila beliau meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka di’masa hadapan.

Tuesday, 21 August 2012

SIAPAKAH BAPA KEPADA ANAK LELAKI NORISH KARMAN...?


Norish Karman Mengakui Lahir Anak Lelaki, Haq Lutfie Alexander


“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi selepas tersebar di’internet, saya lega,” ujar Norish Karman.
Haq yang di’katakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandung Norish Karman.
Berkata kepada Utusan Malaysia hari iniNorish Karman meminta semua pihak supaya tidak mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau.
“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas”
Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak bongsu beliau ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok”
Norish Karman turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan yang ada.
“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujar Norish Karman.

Teman : Dulu masa heboh diperkatakan dia bersalin.... tak mengaku pulak..... tapi kini gah mengaku dalam paper, anak dia....tp siapa bapanya??? Kalau memang anak itu anak yang sah....Malu ke nak mengaku anak itu ada bapa? 

Thursday, 9 August 2012

MUDAHNYA 'KAHWIN-CERAI' TAUKE RAJA LAWAK....

Kisah 'Kahwin Cerai' Tauke Raja Lawak Dan Pernikahan Terbarunya Di Siam...

Pelawak terkenal, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah tiga kali bernikah dan pernikahannya bersama isteri barunya telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan di Astro Warna saluran 132 lagi.
“Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah.

TAN SRI JINS SHAMSUDDIN.......INGATAN LEMAH, TIDAK KENALI RAKAN


TAN Sri Jins Shamsuddin, pelakon dan pengarah popular diera 80an kini semakin lemah daya ingatan. Keadaan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dilaporkan semakin lemah apabila beliau sudah tidak mampu lagi mengenali rakan-rakan lama yang menziarahinya pada Rabu lalu (8/8/12). Jurey Latiff Rosli, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berkata, Jins kini semakin sukar untuk mengingati orang sekelilingnya termasuklah mereka yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

Thursday, 2 August 2012

NORYN AZIZ AKUI JADI ISTERI RAJA BAHRAIN 2 TAHUN YANG LALU


NORYN bersama Raja Bahrin ketika hadir pada satu majlis pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Noryn Aziz akhirnya secara terbuka mengakui bahawa sudah lebih dua tahun bergelar isteri kepada arkitek terkenal, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Bahrin.
Sebelum ini, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz, 36, bertindak untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi apatah lagi memberi sebarang kenyataan berhubung desas-desus perkahwinannya.
Tegas Noryn, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan untuk menghormati keluarga pihak suami.
“Rasanya sudah lebih dua tahun saya mendiamkan diri dalam soal berkenaan. Saya fikir, kemunculan sekarang ini adalah masa yang paling sesuai.
“Cerita kahwin dahulu pun sudah tidak panas lagi, rasanya semua orang sudah tahu status saya selama ini,” kata Noryn dalam satu pertemuan bersama Kosmo!.
Jelas Noryn, dia dan Raja Bahrin berkahwin pada satu majlis tertutup di Terengganu pada 22 Januari 2010. Pernikahan dengan Raja Bahrin menamatkan kehidupan janda Noryn selepas 12 tahun berdepan kegagalan daripada perkahwinan pertamanya. KOSMO

Friday, 27 July 2012

RAKAN ARTIS JAWAB 'KEBEJATAN' PEMIKIRAN ABBY ABADI SELEPAS BERTUDUNG....!!!


PETALING JAYA: Artis-artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar mengeluh jika berdepan kesulitan untuk mendapatkan tawaran kerja.
Golongan itu seharusnya yakin terhadap niat utama untuk berhijrah dan perlu mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah.

Thursday, 19 July 2012

ABBY ABADI...RIAK BERTUDUNG....

Kalau anda mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, selebriti itu kini memang sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri dan hey, itu sesuatu yang bagus.

Walaupun di’cabar oleh Dato’ AC Mizal untuk berdebat tentang isu ISA & PDRM, Abby Abadi tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama & politik beliau kini.
Awal pagi tadi, Abby Abadi telah menulis melalui Twitter beliau meminta pandangan tentang keadaan kini di’mana ramai wanita tidak menutup aurat & menjadi perkara biasa.
“Kanapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?”
Ayat Abby Abadi kami strukturkan semula supaya senang anda baca. Yang penting, pertanyaan Abby Abadi itu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.
Kebanyakkan mereka yang tidak senang dengan pertanyaan Abby Abadi ini berkata selebriti ini masih belum layak mempersoal aurat orang lain oleh kerana sejarah silam’nya yang juga dahulu’nya tidak menutup aurat.



Portal hiburan Murai hari ini juga memetik persoalan orang ramai tentang penghijrahan Abby Abadi yang di’katakan lebih berunsur politik berbanding mendalami ilmu agama itu sendiri.
Memetik tulisan artikel tersebut, apakah dengan penghijrahan awal tersebut, Abby Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan? Hmm.-Rotikaya

Friday, 13 July 2012

AKUR KEPUTUSAN MAHKAMAH, ALYAH ENGGAN ULAS...


Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke’atas Mohd Faizal Abu Hassan yang juga merupakan adik kepada penyanyi Alyah.
Lelaki berusia 29 tahun itu telah di’dapati bersalah mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan selepas di’dakwa menyamun seorang ahli perniagaan wanita awal tahun lalu.
Pada kejadian 23 Januari 2012 itu, Mohd Faizal di’dakwa telah merampas beg tangan wanita itu di hadapan Masjid Taman Tampoi Indah sekitar jam 1.15 petang.
Alyah yang di’hubungi wartawan Berita Harian enggan untuk mengulas lanjut tentang hukuman penjara yang di’kenakan ke atas adik’nya selain akur dengan keputusan mahkamah.
Melalui pengurus beliau, Alyah berkata perkara ini tiada kaitan dengan kerjaya seni beliau dan meminta semua pihak supaya menghormati perasaan beliau ketika ini.