Saturday, 26 May 2012

LAGI KISAH IBU KEPARAT..!!!

alt

IPOH - Dengan usia yang baru menginjak tiga tahun, tiada yang terdaya dilakukan oleh kanak-kanak selain daripada menangis apabila disakiti.

Lebih memeritkan apabila kesakitan akibat penderaan yang ditanggung terpaksa dipendam kerana ia dilakukan oleh ibu kandung sendiri.

Itulah nasib seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami trauma kerana dipercayai sering didera ibunya di rumah mereka di Kampung Chui Chak, Langkap, dekat sini.

Kejadian itu disedari bapa mangsa apabila membawa anaknya ke sebuah klinik Sabtu lalu bagi menjalani pemeriksaan setelah mendapati rambut mangsa gugur dengan teruk.

KISAH IBU KANDUNG KEPARAT...!!!

Wanita ambil dadah tak sedar perbuatan !!!

BANDAR RAYA MEXICO: Polis di ibu negara Mexico menahan seorang wanita dan beberapa saudaranya kelmarin kerana mengorek mata anak lelakinya yang berusia lima tahun dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah untuk satu upacara memuja.

Budak itu dibawa ke sebuah hospital di Nezahualcoyotl dalam keadaan tenat sebelum dihantar ke pusat perubatan khas di sini oleh helikopter.
Jurucakap hospital di Nezahualcoyotl, Fernando Chavez berkata seorang penduduk menahan kereta peronda polis selepas melaporkan kejadian. 

Anggota polis yang masuk ke kediaman wanita itu mendapatinya dalam keadaan terkejut dengan budak itu di pangkuannya. 

“Apabila wanita itu membenarkan polis memeriksa, mereka terkejut kerana budak itu tidak mempunyai biji mata,” menurut kenyataan pihak berkuasa. 

Pendakwa, Isaac Acevedo memberitahu media tempatan bahawa lapan orang ditahan dan penyiasat percaya ibu kanak-kanak itu sendiri yang mencungkil mata anaknya. Bapa budak itu tidak berada di rumah ketika kejadian. 
Jenayah itu disyaki ada kena mengena dengan satu upacara memuja tetapi tiada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat Santa Muerte atau ‘Saint Death’. 

Anggota kumpulan itu baru-baru ini dituduh melakukan pembunuhan korban dua budak lelaki berusia 10 tahun dan seorang wanita berumur 55 tahun di negeri Sonora, utara Mexico. 

Ibu dan bapa saudara budak lelaki itu berada di kediaman berkenaan apabila ibu mangsa dan saudara mara mereka mula mengambil dadah. 

Chavez berkata, seorang saksi memberitahu polis bahawa dia tidak sedarkan diri selepas mengambil dadah dan apabila sedar budak itu didapati tidak mempunyai mata lagi. 

Lapan yang ditangkap belum didakwa sehingga siasatan selesai. Dua kanak-kanak lain dan seorang remaja berusia 17 tahun berada di kediaman berkenaan. 

Mac lalu, di Sonora, pihak berkuasa menahan lapan orang yang dituduh melakukan pembunuhan korban dua lelaki dan seorang wanita untuk ‘Saint Death.’ Penjenayah dan pengedar dadah adalah antara anggota kumpulan itu. 

Bagaimanapun, tempat pemujaan atau patung ‘Saint Death’ tidak ditemui di rumah ibu kanak-kanak itu. - AP

Friday, 25 May 2012

HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012 - 2 JARINGAN FAIZAL SHAARI BANTU MALAYSIA SERI DENGAN GREAT BRITAIN



IPOH - Dua jaringan oleh Faizal Saari pada tempoh lima minit sebelum tamat perlawanan telah membantu Malaysia seri 3-3 dengan Great Britain pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di sini, malam ini.

Faizal berjaya mencuri ruang untuk menyumbat dua gol dalam tempoh dua minit iaitu pada minit ke-67 dan 68, untuk membantu pasukan tuan rumah mengekalkan rekod tanpa kalah dengan dua perlawanan seri setakat ini.

Great Britain, tuan rumah Sukan Olimpik 2012, memulakan aksi kejohanan dengan jaringan seawal minit kelima menerusi Glenn Kirkham selepas berlaku pergelutan di hadapan pintu gol Malaysia.

Bagaimanapun, dengan sokongan padu 3,000 penonton tempatan, Malaysia bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi gerakan pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Azlan Misron pada minit ke-10.

Great Britain menggandakan asakan sehingga memaksa benteng pertahanan negara kucar-kacir sebelum berjaya menjaringkan gol menerusi Ashley Jackson pada minit ke-20 dan dikuti Rob Moore, lima minit kemudian.

Great Britain mendahului 3-1 sehingga tamat babak pertama.
   
Bermula babak kedua, skuad negara memulakan asakan sebaik bermula perlawanan dan memperolehi pukulan sudut penalti tiga minit selepas itu tetapi gerakan set piece yang dirancang berjaya dibaca penjaga gol lawan yang menolak keluar bola.

Great Britain, yang menduduki ranking keempat dunia, turut melakukan serangan bertali arus bagi mencari tambahan gol tetapi berjaya dihalang barisan pertahanan negara.

Sementara itu, Faizal Saari yang ditemui selepas perlawanan berkata, beliau telah diarahkan kapten pasukan, Mohamad Syukri Mutalib supaya menggandakan asakan bagi mencari gol.

"Bermula dari itu, dalam perlawanan berbaki lima minit, kami di bahagian serangan menggandakan asakan dan mencari gol...dan saya bersyukur kerana dapat menjaringkan dua gol di dalam perlawanan ini.

"Jaringan tersebut adalah yang terbaik dalam karier saya sebagai pemain negara dan akan mencuba lebih baik di dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Jurulatih Tai Beng Hai menyifatkan keputusan itu adalah terbaik memandangkan pasukan lawan itu ternyata lebih gagah dan yakin.

Semalam, Malaysia seri 1-1 dengan Korea Selatan.- Bernama

TETAK KEPALA ANAK SAUDARA UNTUK LENGKAPKAN ILMU HITAM!!!



KATHMANDU - Seorang wanita yang juga pelatih amalan sihir di Nepal, ditahan polis selepas mengaku menetak kepala anak saudaranya berumur tiga tahun sehingga mati atas arahan gurunya.

Wanita berumur 25 tahun yang ditahan di Samanpur, Kathmandu, memberitahu polis bahawa semua kemahirannya akan lengkap, jika mengorbankan anak saudara dan anak lelaki sulung dalam keluarganya itu.

Menurut pegawai polis, Mahadevi Yadav didakwa melakukan upacara 'pengorbanan' terhadap Nitesh Kumar Yadav pada tengah malam Sabtu lalu dan mengaku melakukan kesalahan itu.

Laporan agensi berita tempatan menunjukkan, Yadav mengorbankan kanak-kanak lelaki itu berikutan arahan daripada gurunya yang mengajar ilmu sihir hitam.

"Saya telah mempelajari ilmu sihir dari Chhabilal Yadav of Haraiya sejak bulan lalu. Dia mengarahkan agar saya mengorbankan anak saudara bagi melengkapkan kemahiran yang telah dipelajari ini," katanya.

MASYAALLAH.... WARGA EMAS DIKEBUMIKAN HIDUP-HIDUP..!!!


BEIJING: Satu pasangan muda ditahan semalam selepas disyaki menanam seorang wanita hidup-hidup setelah melanggarnya dengan kereta.
Kes itu yang mencetuskan kemarahan orang ramai, berlaku di wilayah Zhejiang, timur China, membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun.
Pasangan berkenaan disyaki melanggar wanita itu ketika memandu pulang selepas minum di sebuah bar karaoke pada 30 April lalu dan mereka menanam mangsa bagi mengelak tindakan undang-undang, lapor akhbar China Daily.
“Wanita itu dipercayai belum mati ketika ditanam,” kata anggota polis Zhejiang, Zhou, kepada Chinda Daily.
Menurutnya, pakar perubatan mengesan partikel yang sama dengan tanah sekitar kawasan itu dalam paru-paru mangsa.
Seorang anggota polis tempatan yang dihubungi menerusi telefon mengesahkan pasangan itu, masing-masing berusia 25 tahun, ditahan dan disyaki menanam wanita terbabit.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka tahu wanita itu masih hidup ketika menanamnya.
Mayat mangsa ditemui tertanam di kawasan pembinaan pedalaman pada 1 Mei, tidak jauh dari kereta yang didakwa dipandu pasangan muda itu.
Kes itu mencetuskan semula perdebatan mengenai kemerosotan moral di kalangan penduduk China selepas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tidak dipeduli oleh orang ramai ketika dia terbaring di jalan raya selepas dilanggar sebuah kenderaan.
“Kita perlu meneliti punca tingkah laku itu dengan mengkaji sistem pelajaran dan sosial negara,” kata seorang pengguna dalam laman blog popular, Sina weibo.
Kes itu juga dibandingkan dengan Yao Jiaxin, pelajar muzik berusia 21 tahun yang membunuh seorang ibu muda selepas melanggarnya dengan kereta di Xian, utara China, pada 2010.
Mangsa hanya cedera ringan tetapi Yao menikamnya lapan kali sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Pemuda itu kemudian ditangkap dan dihukum mati selepas dilapor mengaku membunuh mangsa kerana bimbang sukar menghadapi masalah dengan wanita itu jika mangsa hidup. – AFP

ANGGOTA TUBUH AKAN BERSAKSI......



Ðaripada Anas bin Malik, pada suatu hari apabila Rasulullah SAW bersama-sama para sahabatnya, Baginda tiba-tiba tertawa sehingga kelihatan gigi-gigi Baginda. Baginda lalu bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu semua mengapa aku tertawa?”

Para sahabat seperti biasa menjawab dengan penuh rendah diri, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, “(Aku tertawa) kerana perdebatan seorang hamba dengan Tuhannya pada hari pembalasan. Ia berkata: ‘ Wahai Tuhan, tidakkah Engkau melindungiku daripada kezaliman?’ Allah menjawab: ‘Ya.’ Ia berkata: ‘Kalau begitu, aku tidak akan menerima penyaksian kecuali yang berasal daripada diriku sendiri.’ Allah berfirman (yang bermaksud): ‘Cukuplah pada hari ini tubuhmu sendiri yang akan menjadi saksi, juga para malaikat pencatat amalan.’”

Mulut orang itu lalu ditutup rapat dan dikatakan kepada anggota tubuhnya: “Berbicaralah.” Maka satu persatu anggota tubuhnya mula bercerita tentang semua perbuatan yang pernah dilakukannya ketika di dunia. Apabila mulutnya kembali dibuka untuk berbicara, dia mencela semua anggota tubuhnya. Ðia berkata: “Celaka kamu. Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk membelamu!” (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasa’i)

Mahkamah Akhirat

Mahkamah akhirat mirip mahkamah dunia. Setiap kali sesuatu tuduhan ditimpakan kepada manusia, bukti-bukti dan saksi-saksi segera dihadirkan terutamanya apabila pihak tertuduh mengingkari tuduhan tersebut. Semua ini dilakukan agar hak setiap manusia terjaga daripada kezaliman di mahkamah Allah Yang Maha Adil.

Pelbagai hadis menyebut bahawa saksi-saksi dan bukti-bukti itu cukup banyak. Ia terdiri daripada para malaikat, jin, manusia, bahkan termasuk juga benda-benda yang kita anggap tidak bernyawa seperti tanah, batu dan sebagainya. Semua ini akan dihadirkan pada hari kiamat kelak sebagai saksi, sama ada untuk membela ataupun sebaliknya, mengecam kita.

Ðalam hadis at-Tirmidzi daripada Abu Hurairah, pada suatu hari Rasulullah SAW membaca ayat (surah al-Zalzalah ayat 4) yang bermaksud, “Pada hari itu, (bumi) akan mendedahkan khabar-khabarnya.”

Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu apakah khabar-khabar itu?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, mafhumnya, “Bumi akan bersaksi tentang amalan yang dilakukan setiap hamba Allah; lelaki dan perempuan. Ia berkata: ‘Si Polan melakukan perkara ini pada hari ini dan seterusnya (pelbagai lagi kesaksian).’”

Saksi-saksi dihadirkan bukan hanya sebagai bukti. Mereka juga menjadi sebab kebanggaan bagi orang yang berbuat kebaikan, sekali gus menjadi sebab kehinaan bagi orang yang melakukan kesalahan. Oleh sebab pengadilan di mahkamah akhirat ini berlaku di hadapan semua makhluk, maka setiap dosa dan pahala akan didedahkan secara terbuka. Tiada rahsia lagi.

Anggota tubuh

Antara semua saksi, anggota tubuh kita ialah saksi penentu. Mereka sangat dekat dengan kita dan turut terlibat dalam setiap dosa yang kita lakukan. Ði akhirat nanti, Allah akan meminta penyaksian mereka atas semua perbuatan kita di dunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, maka bersaksilah pendengaran, penglihatan dan kulit mereka tentang apa yang telah dikerjakan oleh mereka. Ðan mereka berkata kepada kulit: ‘Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?’ Kulit mereka menjawab: ‘Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berbicara, lalu telah menjadikan kami pandai berbicara (juga).’” (Surah Fussilat 41:20-21)

Ðalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud, “Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan berbicara kepada Kami serta kaki-kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang mereka lakukan dahulu (semasa di dunia).” (Surah Yasin 36:65)

Sebuah penghinaan

Al-Tahir bin ‘Ashur berkata, “Penyaksian anggota tubuh ialah penyaksian untuk menafikan dan mendedahkan aib mereka sendiri. Ini kerana apabila para pendosa ini melihat neraka, mereka berusaha menyelamatkan diri sendiri dengan menafikan sebahagian dosa itu. Padahal Allah mengetahui semua amal perbuatan mereka, malah para malaikat pun telah merekodkan secara rapi setiap amalan itu. Semestinya mereka tidak dibawa ke neraka, melainkan kerana dosa-dosa itu. Maka, penyaksian anggota tubuh hanyalah untuk menambahkan kehinaan dan penyesalan di hati mereka.”

Ðemikian jelas beliau dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir.

Selain itu, penyaksian tubuh ini juga mengajarkan kita suatu pengajaran berharga. Ia mengingatkan bahawa kita tidak pernah bersendirian. Ði mana-mana juga kita berada, walau di tempat yang paling sunyi sekalipun, saksi-saksi Allah sentiasa mengawasi kita.

Al-Zamakhshari berkata, “Ayat ini mengingatkan seorang Mukmin agar dia selalu menyedari pengawasan Allah SWT. Hingga pada waktu-waktu bersendirian pun, orang Mukmin mesti menjaga dirinya lebih daripada sewaktu bersama-sama orang ramai.” Ðemikian nukilan beliau dalam tafsir al-Kashshaf.

Paha kiri

Ðaripada ‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tulang manusia yang pertama bersaksi sekali sewaktu mulut ditutup ialah paha kirinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani). Namun dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang mubham (tidak diketahui identitinya).

Ðalam riwayat Ibn Jarir daripada Abu Musa, beliau berkata, “Menurutku, anggota tubuh pertama yang akan berbicara ialah paha kanannya.”

Sama ada paha kanan atau paha kiri, kita dapat menyimpulkan bahawa dosa zina dan yang seumpama dengannya seperti liwat atau melancap, adalah antara perkara pertama yang akan dibicarakan. Tentu sahaja, kedua-dua paha manusia akan diminta bersaksi sebab mereka ialah anggota yang paling dekat dengan kemaluan. Pelaku maksiat yang boleh selamat di mahkamah dunia, semestinya tidak akan selamat di mahkamah akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang menjamin bagiku apa-apa yang berada di antara kedua-dua kakinya (yakni kemaluan) dan apa-apa berada di antara kedua-dua  rahangnya (yakni lidah), maka aku akan menjamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Setelah itu, satu persatu anggota tubuh manusia yang lain akan memberi kesaksian. Mata akan bersaksi tentang apa yang dilihatnya. Telinga akan bersaksi tentang apa yang didengarinya. Begitu juga dengan kulit yang membalut seluruh tubuh akan bersaksi tentang apa yang ia rasa dan sentuh. Semuanya akan didedahkan sebagai tanda ketundukkan mereka kepada Allah SWT.

Hamba Allah

Tidak terbayang betapa malunya kita apabila anggota tubuh kita sendiri menjadi saksi atas semua perbuatan dosa yang pernah kita lakukan. Pada waktu itu baru kita tersedar, anggota tubuh ini sebenarnya bukan milik kita. Mereka juga hamba Allah SWT.

Hakikatnya, anggota tubuh ini tidak sesekali bersetuju dengan kita apabila kita melakukan maksiat. Jika mereka  mampu pasti mereka ingin menolak, namun mereka terpaksa tunduk kepada iradat kita kerana itu sunnatullah di muka bumi. Jadi, anggota tubuh kita terlibat melakukan maksiat sambil merasakan ketakutan atas azab Allah SWT. Kerana takut kepada Allah, setiap hari anggota tubuh kita saling mengingatkan satu sama lain agar tidak bermaksiat kepada-Nya.

Ðalam Sunan at-Tirmidzi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap pagi, semua anggota tubuh manusia mengingatkan lidah. Mereka berkata: ‘Takutlah kepada Allah untuk kami. Kami ini hanya mengikut kamu. Jika engkau lurus, maka kami pun lurus. Ðan jika engkau bengkok, maka kami pun bengkok.’”

Jika sebegitu takut mereka kepada Allah, bayangkan kebencian mereka apabila terpaksa melakukan maksiat. Ði akhirat nanti, mereka akan mendedahkan semua ini dengan penuh kemarahan. Mereka akan bersaksi dengan jujur walaupun terpaksa membahayakan diri sendiri.

Walau ketika bersendirian

Sungguh lalai hati yang tidak menyedari hakikat ini. Sungguh tidak bersyukur seseorang yang diberikan anggota tubuh yang indah dan sempurna, namun merosakkannya dengan maksiat.

Sesiapa yang menjaga hak Allah walaupun ketika bersendirian, pada hakikatnya dia sedang menjalin persahabatan antara dirinya dengan seluruh anggota tubuhnya. Jika di dunia anggota tubuh dilindungi daripada maksiat, di akhirat nanti mereka tidak akan bersaksi untuk membahayakan kita.

Seorang ulama tabiin di Basrah bernama Qatadah (w.118H) berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya saksi-saksi Allah terdapat di dalam tubuhmu. Maka jagalah mereka dan bertakwalah kepada Allah walaupun ketika bersendirian.”

Wallahu ‘alam.

Sumber : Umar M.Noor di Solusi ISU

JADUAL WAKTU ANGGOTA BADAN MANUSIA...

Setiap perkara di alam ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya umat Islam ada jadual waktu solat, murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak.

Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual am anggota badan yang tertentu;


badan manusia
Awal Pagi

3:00 am - 5:00 am


Paru-paru - Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

Pagi

5:00 am - 7:00 am


Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.


7:00 am - 9:00 am

Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am - 11:00 am

Limpa - Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Tengahari

11:00 am - 1:00 pm


Jantung - Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm - 3:00 pm


Usus kecil - Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm - 5:00 pm

Pundi Kencing - Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

Senja

5:00 pm - 7:00 pm

Buah Pinggang - Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Malam

7:00 pm - 9:00 pm

Dinding Jantung - Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

Lewat Malam

9:00 pm - 11:00 pm


Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

Tengah Malam

11:00 pm - 1:00 am


Empedu - Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Awal Pagi

1:00 am - 3:00 am


Hati - Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Begitulah secara ringkas jadual waktu badan manusia. Tidak pasti pula sejauh mana kebenarannya tetapi bolehlah jadikan ini sebagai panduan am kehidupan seharian.