Showing posts with label KISAH MASYARAKAT. Show all posts
Showing posts with label KISAH MASYARAKAT. Show all posts

Friday, 24 October 2014

KISAH MENYEDIHKAN SEORANG GADIS CILIK MANGSA RUNTUHAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA


Sebuah kisah sedih  tentang kematian  seorang gadis sunti yang berlaku 29 tahun yang lalu.   Walaupun tidak berlaku di negara ini, tetapi kisahnya sangat menyentuh perasaan.... Gadis itu telah  menjadi mangsa keadaan selepas berlakunya gempa dahsyat yang berlangsung pada tarikh 13 November 1985 , di Armero , Columbia.

Saturday, 22 September 2012

CACING KERAWIT KELUAR DARI MULUT BUDAK TERBIAR

Hiasan

PASIR PUTEH: “Ketika tiba di sini, budak lelaki ini dimandikan dan disabun berulang kali bagi menghilangkan daki yang melekat di seluruh badan.

“Melihat perutnya yang buncit, kemungkinan ada cacing kerawit dan ketika badannya digoyang, keluar tujuh cacing kerawit sepanjang sejengkal dari mulut, hidung dan telinga,” kata Mat Piah Mat Daud, 57, pembantu am Rumah Anak Yatim Markaz Al-Aitam, Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, dekat sini.

Thursday, 16 August 2012

KEJAMNYA IBU TIRI..... SIAL!!! BINATANG..!!!

Masih ada ibu tiri binatang rupanya di zaman moden dan serba canggih ini..... tidak kasihankah mendengar rintihan dan jeritan anak-anak tidak berdosa itu ketika dipukul dan dibelasah .....tidak kasihankah????
Tak kiralah bangsa apa dan agama apa sekalipun.....!!! 
BINATANG PUN SAYANGKAN ANAK...... bahlol..!!!!!



KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.
Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.
Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.
Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.
Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.
****Anak teman menangis digigit nyamuk pun teman ikut menangis..... 

Monday, 6 August 2012

LELAKI TERJUN PESAWAT AIRASIA NAMPAK HANTU...


BERITA SEBELUM.... LIHAT DI SINI

MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Sunday, 5 August 2012

5 BERANAK BERHIMPIT DI RUMAH USANG.....

Gambar hiasan..... sebuah rumah sempit di Jepun.

RANTAU PANJANG: Lima beranak hanya mampu tidur beralaskan tikar getah dan berhimpit di ruang tamu memandangkan rumah yang didiami sejak 17 tahun tidak mempunyai bilik tidur.

Pasangan suami isteri, Abdullah Yah, 39, dan isterinya, Fatimah Mat Hassan, 49, hidup dalam kemiskinan, menyebabkan mereka tidak mampu untuk membaik pulih rumah di Kampung Kubang Puyuh, di sini.

Tiga anak mereka berusia 18 hingga 14 tahun terpaksa dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan dua daripadanya masih meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periuk.


Menurut Abdullah, dia mempunyai pendapatan tidak menentu dan hanya melakukan kerja kampung yang cukup untuk digunakan bagi makan dan minum sekeluarga.

“Rumah ini didirikan atas tanah mentua yang diserahkan kepada isteri. Ini saja rumah yang mampu saya sediakan untuk keluarga berteduh dan ia semakin usang.


“Saya tidak mampu mengeluarkan wang bagi membaik pulih rumah kerana pendapatan sekadar cukup untuk menyara keluarga,” katanya.

Tinjauan Harian Metro ke rumah itu semalam, mendapati keadaan rumah keluarga terbabit terlalu sempit untuk didiami dan hanya mempunyai ruang tamu serta dapur.

Keluarga terbabit juga terpaksa tidur beralaskan lantai papan kerana tidak mampu membeli tilam.

Abdullah berkata, dia sedar sememangnya tidak sesuai bagi dua anak lelaki dan perempuannya untuk tidur di satu ruang sama, namun mereka tiada pilihan lain.

Katanya, selain masalah rumah, dia runsing mengenai keadaan kesihatan isteri yang menghidap penyakit kencing manis dan perlu mendapatkan rawatan susulan setiap bulan.


“Isteri saya perlu mengambil suntikan sebanyak dua kali disebabkan penyakit kencing manis dialami selepas melahirkan anak bongsu.


“Mengenai rumah, saya memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan berharap ia dapat dipertimbangkan supaya dapat tinggal dalam rumah lebih selesa,” katanya.



sumber : myMetro

LELAKI TERJUN DARI PESAWAT.....




MIRI - Penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri. pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.


Menurut seorang saksi, sebelum Chong bertindak membuka pintu kecemasan, dia menjerit 'saya mahu pulang' sebelum meninggalkan kerusinya dan terjun dari pesawat itu.

Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.

Sumber: Kosmo

Monday, 23 July 2012

SI CILIK MENYARA KELUARGA.........


Bulan Ramadhan yang mulia ini.... kata orang makruh dan boleh terbatal puasa jika menangis.... tetapi teman tidak mampu menahan sebak dan airmata tatkala membaca myMetro secara online pagi ini.... Sedih sangat dengan kisah 3 beradik yang terpaksa ponteng sekolah hanya kerana keletihan akibat 'berniaga untuk menyara keluarga'....semuanya kerana mahu membantu ibu mereka yang tiada punca pendapatan untuk menampung kehidupan kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh bapa mereka..... Di kala anak-anak lain sebaya mereka pergi ke sekolah menimba ilmu... tetapi mereka setiap hari berjalan kaki lebih kurang sejauh 3 kilometer untuk menjaja nasi lemak, bihun dan mee goreng yang dimasak oleh ibu mereka..... Bayangkan anak kecil kita seusia 8 tahun membawa bakul berisi makanan... berjalan kaki tanpa menghiraukan terik mentari...sambil berteriak.... nasi lemak! bihun goreng!!!! Yang simpati mungkin akan membeli tetapi yang tidak suka mungkin akan mengeji....... ohhhh!!! Macam mana teman mampu menahan airmata dari terus mengalir.....????

Ikuti kisah mereka sebagaimana yang dipaparkan di myMetro......

RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.

Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.

“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.

“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.

Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu.

**** Berharap.... pihak yang berwajib ...yang berdekatan dengan keluarga ini atau ada para dermawan yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, sekurang-kurangnya bagi meringankan beban ibu tersebut lebih-lebih lagi  dalam menghadapi Ramadhan , dan pastinya..Hari Raya yang bakal menjelang (walaupun masih terlalu awal utk memperkatakannya)...... Paling bagus bila .... anak-anak cilik itu dapat kembali semula ke sekolah.


Tuesday, 17 July 2012

KISAH 3 BERADIK MISKIN YANG BUTA HURUF....


KAMPUNG NIPAH, Bachok – Tiga beradik dekat sini terpaksa merempat dalam sebuah kubu tinggalan Jepun ketika Perang Dunia Kedua akibat kesempitan hidup.

Zaini Kasim, 43, berkata, sejak ibu mereka, Halimah Othman terbunuh dalam kemalangan maut empat tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga terpaksa menumpang di pondok tepi tanah perkuburan.

Menurutnya, ketika ibu mereka masih hidup, mereka tinggal menumpang di sebuah rumah di Pulau Belongan, namun terpaksa keluar selepas kematian ibu mereka.

“Kami tiga beradik kini ibarat sebatang kara sejak ibu meninggal dilanggar kereta sewa ketika dalam perjalanan menghantar kuih ke kedai, empat tahun lalu.

“Selepas ibu meninggal dunia, kami menumpang di pondok tepi kubur Bachok kira-kira setahun. Sejak minggu lalu, kami terpaksa pindah mendiami kubu peninggalan Jepun ini sebagai tempat perlindungan baru,” katanya kelmarin.

Beliau berkata, kini hanya dia seorang sahaja yang bekerja sebagai awak-awak bot nelayan sekali sekala untuk menyara dua adiknya yang sakit.
Merempat dalam kubu Jepun

Menurutnya, dua adiknya, Zami, 42, menghidap batuk kering dan Zafni, 41, pula mengalami penyakit mental.

Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Rosmiza Kasim telah berumah tangga dan menetap di Kemaman.

“Kami tidak mampu menyewa rumah sendiri kerana pendapatan saya tidak menentu dan cukup untuk kami makan ala kadar sahaja," katanya.

Saudara mereka, Che Rahim Mohamad, 53, berkata, dia bersimpati terhadap tiga beradik itu dan berharap ada pihak sudi membantu.

“Saya yang bawa mereka tinggal di sini buat sementara waktu selepas tidak mempunyai tempat tinggal lain untuk berteduh. Tetapi kubu ini tidak selamat kerana apabila air pasang, air melimpah ke dalam kubu. Apabila musim tengkujuh juga ribut dan ombak besar melanda.

“Sebelum ini ketika mereka tinggal di tepi kubur, saya sering membantu dari makan minum mereka. Malangnya mereka buta huruf dan tidak sihat menyebabkan sukar mereka mendapat pekerjaan.

"Mereka yang ingin membantu boleh hubungi saya di 014 5158654,” katanya. - Sinar Harian


ULASAN DAN GAMBAR-GAMBAR SELANJUTNYA..... DI SINI

Friday, 13 July 2012

BERSALIN DI TEPI JALAN





8:00 am, on July 9, Guangzhou, Luo Chong Wai campus on the road, a pregnant woman walking on the way suddenly radical production, horizontal to the ground. Effort will have seen the child's head, hurried to her husband seeing the runway close to a dental clinic for help, but it was rejected! In desperation, the expectant fathers only side street to his wife, midwife, while waiting for the ambulance arrived. Fortunately, many passers-by seeing have to stop helping hand extended. Finally, the child finally be born without the help of a group of passers-by neighborhood and sent to the hospital.

Thursday, 12 July 2012

5 KISAH PELIK DI DUNIA
















Monday, 11 June 2012

KISAH MASYARAKAT DUNIA : ADAT-ADAT PERNIKAHAN YANG PELIK....

Pernikahan dapat menjadi sebuah momen indah dan penuh kebahagiaan yang menandai penyatuan dua insan. Uniknya, pernikahan seringkali dilangsungkan dengan berbagai adat.
Bahkan tak jarang di tengah kebahagiaan tersebut, pasangan harus melewati prosesi adat yang aneh dan irasional. Ada beberapa tradisi pernikahan yang dianggap paling aneh di dunia. Di antaranya berikut ini:

5. Menculik pengantin wanita di Rom

Kebanyakan malam pengantin dihabiskan dengan cara romantis tetapi tidak dengan adat pernikahan di Rom. Pengantin lelaki diharuskan "menculik" pengantin wanitanya. Budaya ini kental pada kehidupan kaum gipsi Romawi. Bila seorang lelaki berhasil menculik seorang gadis dan menyembunyikannya selama dua-tiga hari, ia akan resmi menjadi isteri. 


4. Menikahi haiwan di India

India tak asing dengan berbagai cerita tahayul, termasuk dalam pernikahan. Suku Santhal di India percaya, jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di bahagian atas gusi terlebih dulu, itu sebuah pertanda ia akan dimakan harimau dalam waktu dekat. Kerana itu, ia harus menikah dengan seekor anjing untuk menghapus pengaruh buruk tersebut. 

Kisah ini dialami seorang anak usia sembilan tahun, Karnamoni Handsa, yang menikah dengan seekor anjing. Pernikahan ini dibuat meriah dan dihadiri 100 orang tamu. Setelah upacara pernikahan "mengusir setan" selesai si gadis dapat menikah dengan pemuda manusia.

3. "Menghitamkan" pengantin wanita di Scotland

Ada kebiasaan unik dalam adat pernikahan di Scotland. Saat pernikahan, pasangan pengantin memakan isi perut kambing dan pengantin lelakinya memakai pakaian sejenis skirt. Selanjutnya, pengantin lelaki, keluarga dan teman-teman akan menyirami pengantin wanita dengan telur mentah, air kotor, sos dan susu basi. Kebiasaan "menghitamkan pengantin wanita" merupakan ritual pernikahan yang sangat tua yang dilakukan setelah ikrar pernikahan. 

2. Pengantin wanita harus gemuk

Beza dengan standar kecantikan umumnya, di Mauritania wanita cantik adalah wanita berukuran besar. Bila seorang wanita akan menikah, mereka akan ditempatkan pada sebuah kampung yang disebut "penampungan lemak" untuk "menghilangkan" kedut dan lebih menarik. 

Ritual "Leblouh" dalam bahasa lokal mewajibkan gadis yang akan menikah menyantap segala macam makanan agar gemuk dengan cepat. Menu makanan harian terdiri dari dua kilogram daging dan lima galon susu unta tiap hari. Jika mereka memuntahkannya, petugas pengawas akan menyiksa mereka.


1. Pengantin dilarang buang hajat


Tradisi di semenanjung Kalimantan ini tak kalah aneh. Setelah ritual pernikahan yang membahagiakan, suku Tidung mewajibkan pasangan pengantin harus menunda membuang kotoran besar mahupun kecil selama 72 jam atau sekitar tiga hari tiga malam. Sehingga, pasangan pengantin akan dibatasi makan dan minum dan diawasi agar tidak ke toilet. Jika menjalani ritual ini, pasangan akan menjalani pernikahan bahagia, dianugerahi anak yang banyak dan sihat.

DITINGGALKAN IBUBAPA HANYA KERANA BERBULU....

Si Cilik Berbulu
Anak siapakah ini..???

GUIZHOU (China) – Keadaan dialami seorang kanak-kanak, Liu Jiangli menyebabkan dia terpaksa melalui enam tahun pertama kehidupannya dengan trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya.
Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya.
Namun, jika keadaan itu tidak cukup teruk, yang terburuk bakal menyusul.
Disebabkan keadaannya yang aneh itu dan dialami oleh hanya seorang daripada satu bilion orang, dia ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkan kediaman keluarga dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk mendapatkannya.
Pusat bimbingan kanak-kanak itu membuat pengumuman di akhbar meminta sauda-mara kanak-kanak itu mengambilnya dan enam bulan kemudian, datuk kepada seorang daripada sepupunya tampil mendapatkannya.
Sejak itu, Liu Mingying menjaga Jiangli yang berasal dari bandar Guiyang, di wilayah Guizhou di barat daya China.
Bagaimanapun, Mingying bimbang Liu akan sentiasa dicemuh akibat penampilannya itu.
Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.
Buat masa ini, tiada penjelasan mengenai keadaan dialami Jiangli itu.
Bagaimanapun, ia sama seperti sindrom dikenali sebagai Hypertrichosis Universalis yang menyebabkan pesakit dilitupi bulu di seluruh tubuh mereka dan hanya dihidapi oleh seorang dalam satu bilion orang. – DM

Friday, 8 June 2012

KANAK-KANAK ISLAM DIPERALATKAN DEMI WANG..!!!

Kanak-kanak perempuan dijadikan alat untuk meraih simpati orang ramai memberikan wang.
Kanak-kanak perempuan dijadikan alat untuk meraih simpati orang ramai 
memberikan wang.


ALOR GAJAH - Kegiatan tidak bermoral sesetengah pihak mengeksploitasi kanak-kanak bagi mendapatkan wang dengan menjual barangan kepada orang awam dilihat semakin menular di daerah ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Tol Simpang Ampang, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru mendapati kebanyakan kanak-kanak ini muncul di kawasan berkenaan lengkap berbaju kurung dan berpenampilan sopan.

Kanak-kanak ini didapati mendekati orang awam yang lalu lalang tanpa mengira bangsa dan agama untuk mendapatkan wang melalui penjualan kitab selain tisu untuk meraih simpati.

Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin berkata, kegiatan segelintir golongan yang berkepentingan sendiri ini hanya mencalarkan imej agama Islam apabila mereka menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah.

Menurutnya, sebagai manusia pastinya kita akan berasa simpati melihat kanak-kanak itu dipergunakan namun kita harus menilai ke mana perginya wang diberikan kepada mereka.

"Kanak-kanak ini diletakkan di hadapan pintu masuk bank utama ataupun stesen minyak seperti peminta sedekah.

"Itu bukan cara kita kerana dalam Islam, kita tidak pernah diajar mengutip derma dengan cara itu," katanya.

Abu Khir yang juga Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka berkata, kerajaan bersedia memberikan peruntukan secukupnya untuk tujuan membina rumah kebajikan atau madrasah, sepatunya senario ini tidak wujud dalam kalangan orang Islam.

"Tindakan mereka yang hanya mahukan wang dengan jalan singkat hanya memberikan persepsi negatif penganut agama lain kerana mereka pasti akan membuat penilaian terhadap apa yang dilakukan kanak-kanak itu.

"Kadangkala mereka sediakan beberapa dokumen pengesahan yang difotostat, malah ada yang kelihatan tulen bagi meraih simpati orang lain," katanya.

Malah katanya, tidak dinafikan masih terdapat individu yang tidak tahu bahawa cara yang dilakukan kanak-kanak ini adalah tidak benar kerana mereka mempergunakan nama sesebuah institusi malah menunjukkan bukti untuk meyakinkan orang yang menjadi sasaran.

“Sekiranya benar terdapat pihak yang memerlukan dana untuk tujuan kebajikan, mereka boleh memohon peruntukan daripada pihak kerajaan, bukan dengan memperalatkan kanak-kanak. Senario ini perlu dibanteras segera agar masyarakat tidak tertipu dengan sikap golongan yang mementingkan diri sendiri ini,” katanya.

Thursday, 7 June 2012

SUAMI CELAKA ~ PENGGAL DAN CINCANG ISTERI....!!!


GAMBAR HIASAN

Seorang lelaki mengaku memenggal isterinya sebelum mencampakkan kepala mangsa dari bumbung apartmen mereka ketika keenam-enam anaknya berada di rumah.

Orhan Sircasi ditahan kerana membunuh isterinya, dan memotong mayat mangsa dengan pisau.

Lelaki berusia 32 tahun itu cuba mengelak daripada ditangkap dengan menyerang anggota polis dengan pisau berkenaan.

Dia akhirnya berjaya ditangkap di balkoni kompleks apartmennya tetapi hanya selepas dia mencampakkan kepala isterinya dari bumbung apartmen itu.


Polis diberitahu mengenai kejadian berkenaan sejurus selepas jam 1 pagi setelah saksi membuat laporan mengenai pertengkaran sepasang suami isteri dari balkoni masing-masing dan melihat bagaimana Orhan menikam dada mangsa sebelum memenggalnya.


Ekoran penangkapannya, Orhan dikatakan memberitahu pegawai, dia tidak kesal dengan perbuatannya.

Dia dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Polis mengesahkan, enam anak pasangan itu, empat lelaki dan dua perempuan yang berusia antara satu hingga 13 tahun, berada di rumah tetapi tidak menyaksikan pembunuhan itu.

Bagaimanapun seorang jiran berkata sebaliknya.

“Mereka dalam ketakutan. Si bapa membiarkan mereka melihat ketika dia memotong mayat ibu mereka,” kata jiran itu.

Kanak-kanak itu kini diberi rawatan psikologi dan akan diletakkan di bawah penjagaan pihak berkuasa.

Jiran membuat laporan kepada polis pada awal pagi selepas terdengar jeritan dari kediaman pasangan itu.

Bagaimanapun, punca pergaduhan tidak diketahui.

Seorang jiran memberitahu akhbar Bild: “Saya terdengar jeritan dari rumah atas dan kakak saya berkata, ada sesuatu yang terjadi. Kami mendekati tingkap dan mendengar bagaimana lelaki itu menjerit dan memukul isterinya.

“Akhirnya, saya melihat dia memegang kepala wanita itu. Saya mendengar dia campakkan kepala itu ke bawah.”

Seorang jiran lain berkata: “Saya melihat kepala itu dan saya fikir tidak ada apa-apa. Ia mungkin patung atau sesuatu yang lain.

“Tetapi apabila polis menyuluhnya saya berkata: ‘Oh Tuhan. Itu jiran kami.”
Menurut laporan media, Orhan sering bertindak ganas terhadap isterinya, memukul dan menendangnya jika dia berang, lebih-lebih lagi selepas minum arak.

Orhan dipercayai mempunyai rekod polis kerana beberapa kesalahan, termasuk kerana cuai, kesalahan trafik dan dadah

Sunday, 3 June 2012

KISAH BUDAK TINGGAL DENGAN KAMBING

[Image: Shasa-T-dibesarkan-oleh-kambing-300x224.jpg]

SHAKHTI (Russia): Pekerja kebajikan masyarakat terkejut apabila menemui kanak-kanak berusia dua tahun tinggal dalam bilik yang penuh dengan kambing.

Kanak-kanak liar itu yang dikenali sebagai Sasha T, dibiarkan tinggal bersama-sama haiwan itu oleh ibunya.

Menurut sumber, dia bermain dan tidur dengan kambing berkenaan, tidak pandai bercakap atau makan seperti manusia.

Timbalan Ketua Kebajikan Masyarakat di Rostov, sebuah wilayah di Russia berkata: “Ketika kami tiba, Sa- sha duduk di bilik yang sejuk itu, tanpa pakaian. Ibunya tiada di rumah. “Dia sentiasa berdepan dengan maut. Rumah itu terlalu kotor dan busuk. Kami mengambil kanak-kanak itu dan membawanya ke hospital.

“Doktor berkata, kerana cara hidupnya itu menyebabkan otaknya tidak berkembang.” Doktor Natalya Simonina berkata: “Sasha enggan tidur di atas katil. Dia cuba tidur di bawahnya. Dia terlalu takut dengan orang ramai.

“Dia cuba memecahkan apa saja yang dilihatnya. Dia tidak boleh bercakap atau memegang sudu.” - Agensi

Saturday, 2 June 2012

KISAH SEDIH 1, 758 ANAK-ANAK TERBUANG TIADA PENGENALAN DIRI.....

GAMBAR HIASAN


PETALING JAYA – Sebanyak 1,758 anak-anak yang dibuang dijaga rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan diri. Presiden Pertubuhan   Kebajikan Sosial Malaysia (Perbak),Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, ke semua anak-anak itu sekarang sudah dewasa dan telah pun keluar dari pusat kebajikan kini hidup merempat dan tidak dapat bekerja kerana ketiadaan dokumen berkenaan.

“Ini realiti yang berlaku mereka sukar untuk mencari kerja apatah lagi mahu berkahwin dan kebanyakan mereka berputus asa dan merempat dan menjadi golongan kutu rayau,”katanya pada sidang media di sini, semalam. Menurutnya  masalah seperti itu bukan perkara asing dan dia juga mengalami nasib yang sama seperti itu. “Saya adalah satu contoh anak yang dibuang dan ditemui di tong sampah tidak mempunyai identiti tetapi hanya selepas 24 tahun baru  saya dapat kad pengenalan,”katanya.

Menurutnya, dia hanya memperolehi taraf kewarganegaraan tahun lalu dan sebelum ini dia hanya menggunakan dokumen pemaustautin sementara yang perlu diperbaharui setiap tahun dari Jabatan Imigresen. “Saya didaftarkan oleh  JKM sebagai anak Cina dan diserahkan kepada keluarga angkat, selepas didera oleh mereka saya kembali ke rumah kebajikan. 

Anehnya ketika hendak mengambil kad pengenalan saya mempunyai satu lagi nama iaitu Marvan Tan sedang nama yang didaftarkan JKM ialah Leong Sesee Hsin,”katanya. Tambah rumit ketika keluar dari rumah kebajikan pada tahun  2004 dia hanya dibekalkan wang RM 500 dan dengan duit itu dia perlu meneruskan kehidupan sebelum mengambil keputusan memeluk Islam pada tahun 2010. “Malaysia adalah sebuah negara Islam, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah jelas mana-mana bayi yang ditemui di kawasan orang Islam tidak diketahui identiti perlu didaftarkan dengan agama Islam tetapi di pusat kebajikan perkara ini tidak membawa maksud apa-apa,”katanya.

Jelasnya, perkara ini telah cuba disuarakan melalui agensi terlibat namun usahanya dihalang pihak tertentu dengan alasan perkara yang hendak diketengahkan terpencil. “Paling saya terkilan apabila ada pegawai kerajaan yang secara  terang-terangan memberitahu perkara ini jika didedahkan tidak akan membantu BN untuk memenangi pilihanraya akan datang, saya bukan bela nasib mereka atas tiket politik tetapi atas niat mahu pusat atau rumah kebajikan mempunyai satu garis panduan jelas,”katanya. Jelasnya, tiga perkara yang perlu dilakukan kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak dipinggirkan ialah pastikan anak-anak ini dapat kerakyatan, diberi bantuan kewangan sekurang- kurangnya setahun dan jaminan pekerjaan. 

SUBHANALLAH..!!! BAYI LAHIR SAMBIL MEMEGANG AL-QURAN....





LAGOS, Nigeria – Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.
Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.
Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.
Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

Saturday, 26 May 2012

LAGI KISAH IBU KEPARAT..!!!

alt

IPOH - Dengan usia yang baru menginjak tiga tahun, tiada yang terdaya dilakukan oleh kanak-kanak selain daripada menangis apabila disakiti.

Lebih memeritkan apabila kesakitan akibat penderaan yang ditanggung terpaksa dipendam kerana ia dilakukan oleh ibu kandung sendiri.

Itulah nasib seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami trauma kerana dipercayai sering didera ibunya di rumah mereka di Kampung Chui Chak, Langkap, dekat sini.

Kejadian itu disedari bapa mangsa apabila membawa anaknya ke sebuah klinik Sabtu lalu bagi menjalani pemeriksaan setelah mendapati rambut mangsa gugur dengan teruk.

KISAH IBU KANDUNG KEPARAT...!!!

Wanita ambil dadah tak sedar perbuatan !!!

BANDAR RAYA MEXICO: Polis di ibu negara Mexico menahan seorang wanita dan beberapa saudaranya kelmarin kerana mengorek mata anak lelakinya yang berusia lima tahun dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah untuk satu upacara memuja.

Budak itu dibawa ke sebuah hospital di Nezahualcoyotl dalam keadaan tenat sebelum dihantar ke pusat perubatan khas di sini oleh helikopter.
Jurucakap hospital di Nezahualcoyotl, Fernando Chavez berkata seorang penduduk menahan kereta peronda polis selepas melaporkan kejadian. 

Anggota polis yang masuk ke kediaman wanita itu mendapatinya dalam keadaan terkejut dengan budak itu di pangkuannya. 

“Apabila wanita itu membenarkan polis memeriksa, mereka terkejut kerana budak itu tidak mempunyai biji mata,” menurut kenyataan pihak berkuasa. 

Pendakwa, Isaac Acevedo memberitahu media tempatan bahawa lapan orang ditahan dan penyiasat percaya ibu kanak-kanak itu sendiri yang mencungkil mata anaknya. Bapa budak itu tidak berada di rumah ketika kejadian. 
Jenayah itu disyaki ada kena mengena dengan satu upacara memuja tetapi tiada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat Santa Muerte atau ‘Saint Death’. 

Anggota kumpulan itu baru-baru ini dituduh melakukan pembunuhan korban dua budak lelaki berusia 10 tahun dan seorang wanita berumur 55 tahun di negeri Sonora, utara Mexico. 

Ibu dan bapa saudara budak lelaki itu berada di kediaman berkenaan apabila ibu mangsa dan saudara mara mereka mula mengambil dadah. 

Chavez berkata, seorang saksi memberitahu polis bahawa dia tidak sedarkan diri selepas mengambil dadah dan apabila sedar budak itu didapati tidak mempunyai mata lagi. 

Lapan yang ditangkap belum didakwa sehingga siasatan selesai. Dua kanak-kanak lain dan seorang remaja berusia 17 tahun berada di kediaman berkenaan. 

Mac lalu, di Sonora, pihak berkuasa menahan lapan orang yang dituduh melakukan pembunuhan korban dua lelaki dan seorang wanita untuk ‘Saint Death.’ Penjenayah dan pengedar dadah adalah antara anggota kumpulan itu. 

Bagaimanapun, tempat pemujaan atau patung ‘Saint Death’ tidak ditemui di rumah ibu kanak-kanak itu. - AP

Saturday, 12 May 2012

MURTAD.....PASTU UMUM BUNUH DIRI DI FACEBOOK

Lelaki Murtad Malaysia Umum Hendak Bunuh Diri Di Facebook Hari Ini

Lelaki Murtad Malaysia Umum Hendak Bunuh Diri Di Facebook Hari Ini..Leh Percaya Ke?

Seorang lelaki yang asalnya beragam Islam bernama Syahir dan kemudiannya murtad menukar agama kepada Kristian, Edward Martin Jesus mengumumkan di Facebook miliknya bahawa dia akan membunuh diri sebelum jam 12 tengah hari, hari ini.
Lelaki itu dikatakan putus cinta dengan wanita bernama Nur Atiqah Nor Aziz. Sebelum membunuh diri dia memberitahu mahu memulangkan barangan pemberian teman wanitanya itu.
Tempoh 14 jam lalu, dia mengumumkan berikut di Facebooknya;
sebelum aku ingin bunuh diri aku akan pergi ke rumah atiqah aziz untuk menyerahkan segala pemberian dia pada aku.. kemudian aku akan bunuh diri di suatu tempat yang aku pernah pergi dgn dia jalan2…
Ada pula yang melaporkan Edward telah meminda tarikh bunuh diri dari tengah hari tadi, kepada 3 Jun pula, yakni tarikh lahir teman wanitanya itu.
Sehingga kini belum dapat disahkan sama ada dia telah melaksanakan niatnya atau tidak.
Maklumat yang diberikan dalam akaun Facebooknya ialah dia pernah bersekolah di SMK Seksyen 19, Shah Alam dan tinggal di bandar yang sama. Tidak diketahui sama ada maklumat berkenaan benar atau tidak
Mesej 6 jam lalu (waktu berita di ditulis ialah pukul 2 petang – 12 Mei).
Ia berbunyi ;
those yg banyak beri support pada aku .. aku minx maaf kerana dr awal hingga akhir usahamu adalah sia2 belaka.. aku sudah buat keputusan… harap perjalanan aku akan berjalan dengan lancar.. jgn ada yang cuba untuk menghalang aku untuk aku bunuh diri!


Tidak diketahui apa nasibnya sekarang. Terlalu banyak bahan berita yang mengelirukan ketika ini, termasuk ada yang kata akaun Facebook miliknya telah digodam.
Apakah dia melawak atau dia serius. Namun, kalau melihat kepada update-update yang diletakkan, nampaknya serius.
Namun, yang memberikan komen pula agak lawak.
Ada yang menasihat Edward agar bersabar tunggu Euro habis dulu, ada yang kata layan hindustan kejap, ada yang paste link untuk jual barang kat internet, mengambil kesempatan untuk berkenalan, ada jugak yang mengatakan kisah cinta dia lebih baik pada filem Twilight.
Ada pula rakan lama yang memaki Edward dengan mengatakan dia seorang kaki buat drama.
Apa pendapat anda, dia ni buat lawak nak perhatian atau memang dia akan meneruskan niatnya? Apa yang boleh kita buat?
Facebook Edward Martin Jesus di sini.