Saturday, 5 March 2011

DI ANTARA WAJAH-WAJAH PAS.......

Kalau benar Pas ingin menjadi sebuah parti Islam yang menentang segala kemungkaran dan menegakkan syiar Islam, maka bersikaplah seperti itu. 

Janganlah memilih-milih isu, kalau isu itu menguntungkan pakatan pembangkang maka ia akan disokong atau digembar-gemburkan tetapi kalau ia merugikan pembangkang maka ia akan disenyapkan begitu sahaja. 

Pas perlu faham sikap tidak konsisten mereka dalam pelbagai isu yang berlaku boleh mengelirukan bukan sahaja ahli-ahli parti tersebut tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya. 

Sebagai sebuah parti yang menjadi Islam sebagai asas perjuangan, Pas tidak boleh berdolak-dalik dalam sesuatu isu atau mengubah pendirian hanya semata-mata kerana kepentingan politik. 

Dalam Islam yang benar tetap benar, yang batil tetap batil. Pas tidak boleh menjadi ibarat sesumpah yang mampu bertukar wajah bila-bila masa demi menyelamatkan kepentingan politiknya.

Lebih penting daripada itu, Pas harus diperingatkan bahawa sikap tidak konsisten mereka lambat-laun tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada mereka, sebaliknya dilihat akan menguntungkan sekutunya iaitu DAP dan PKR. Buktinya sudah ada! PAS kalah semua Pilihanraya kecil kebelakangan ini di kawasan majoriti pengundinya melayu Islam.

UNDI PAS MASUK SYURGA..?


Setelah berbagai strategi yang dilakukan tidak berkesan...PAS sekali lagi menjanjikan Syurga untuk pengundi Kerdau...menyedihkan...harap pengundi tidak tertipu...

LUAHAN ANAK MUDA MELAYU TERHADAP AGAMA DAN POLITIK TANAHAIR





LUAHAN RASA SEORANG ANAK MUDA UNTUK RENUNGAN PENGUNDI MELAYU/ISLAM MERLIMAU DAN KERDAU

Saya bukanlah seorang penulis ataupun seorang ahli politik, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Wednesday, 16 February 2011

TAK FAHAM ATAU EMOSI....?????

Kehadiran MB menyemarakkan semangat.
11 - 13 February 2011 - meninggalkan cerita indah untuk dikenang.... Ulu Kelang menjadi saksi Bahagian Larut dan Lumut bergabung tenaga di dalam simulasi.....

ANDA TAHU PUNCANYA....ANDA TAHU CARA MENGHADAPINYA....



SYAITAN MEMASUKI HATI MANUSIA MELALUI 10 PINTU :

Pertama :
TAMAK DAN BURUK SANGKA
Hadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang 
ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Tuesday, 18 January 2011

BERTAMBAH SAJA USIA KITA.... KITA TELAH MENGHAMPIRI ALAM BARZAKH


 ( NOTA DARI SEORANG RAKAN ) :

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat. Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemungkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Sunday, 9 January 2011

BANTU ANAK-ANAK .....( PERANAN BESAR IBUBAPA )


Peranan ibubapa sangat besar di dalam membantu anak-anak menjalani kehidupan seharian seterusnya menuju masa depan.  Ibubapa perlu mambantu anak-anak untuk menerima perubahan kendiri dari segi pertumbuhan fizikal dan seksual.  Bimbingan, tunjuk ajar dan penjelasan perlu diberi agar anak-anak menyedari dan menerima perubahan-perubahan tersebut.