Peranan itu bukan sahaja dari sudut kesihatan, paling utama adalah mengenai keagamaan. Jika tiada penjelasan yg khusus dari ibubapa, anak-anak akan mudah keliru bila mereka meningkat remaja dan bergaul dgn ramai kawan-kawan dari berbagai bangsa dan agama. Pentingnya memberi didikan agama adalah untuk menjadi landasan awal anak-anak mengenal kehidupan. Bermula dari lahir ke dunia dgn diperdengarkan azan/iqamah, seharusnya selepas itu semuanya dimulakan dgn 'bismillah' dalam segala perkara. Rumah merupakan sekolah pertama bagi anak-anak mengenal dan belajar semua aspek rutin kehidupan.
Jika tiada penjelasan dan bimbingan, anak-anak akan berasa konflik dalam diri kerana kurang jelas mengenai perubahan pada diri mereka. Dengan pemahaman dan penjelasan yg diperolehi dari ibubapa, anak-anak akan menerika hakikat sebenar tanpa perlu berasa malu, rendah diri, serba salah dan tidak yakin dan seterusnya mereka akan dapat berinteraksi dengan lebih berkeyakinan.
Kecenderungan anak-anak juga seharusnya dpt dikesan oleh ibubapa di peringkat awal lagi agar ibubapa dapat merancang aktiviti yg bersesuaian dlm memupuk dan mengembangkan minat serta bakat anak-anak.
Pengajaran asas mengenai minat dan kecenderungan mereka perlu didedahkan dan seharusnya ibubapa perlu menggalakkan anak-anak menyertai dan mengambil bahagian di dlm pertandingan yg berkaitan. Dengan ini ianya mmpu menyokong perkembangan minda mereka.
Ada di antara anak-anak yg terjebak dgn masalah sosial yg serius di luar rumah kerana ibubapa tidak memahami kecenderungan mereka. Tiada interaksi antara satu sama lain. Maka itulah anak-anak lebih suka dan mengutamakan kawan-kawan. Seharusnya jika anak-anak itu minat dalam sukan, ibubapa juga perlu berpengetahun dalam sukan agar komunikasi bersama anak-anak akan lebih menarik dan tidak menjemukan. Begitu juga di dalam bidang yg lain-lain.
Pendek kata, pengetahuan dan pengalaman kaunseling sangat diperlukan untuk membina kejayaan anak-anak. Prhubungan yg erat antara ibubapa dgn anak-anak juga akan lebih bermakna. Dengan itu anak-anak lebih gemar berbicara serta berbincang dgn ibubapa dan suasana yg harmoni ini akan terjalin erat di antara satu sama lain. Segala masalah anak-anak akan dpt dileraikan secara perbincangan yg ikhlas dan terus terang. Ibubapa bukan sahaja sebagai ibu dan bapa malah juga sebagai abang/kakak, guru, sahabat dan kekasih. Maka, anak-anak akan lebih suka tinggal di rumah bersama keluarga kerana mereka berasa dihargai, dikasihi malah disayangi. Dan seterusnya mmpu mengekang gejala sosial yg berleluasa dewasa ini.
NOTA : Bukan mudah utk menjadi ibubapa yg cemerlang dalam perjalanan untuk menghasilkan anak-anak yg gemilang di masa depan. Peranan ibubapa dengan dibantu oleh guruguru, persekitaran dan anak itu sendiri adalah penentu jati diri anak-anak utk menempuh segala pancaroba yg mendatang. Semoga anda dan kita semua mmpu menjadi ibubapa seperti yg di tuntut oleh agama.
Sumber - Wanita, Feb. 1998.
2 comments:
anda ibu yang baik!!hehe
setiap ibu pasti mahu jadi ibu terbaik utk anak2nya....
Post a Comment