
Janganlah memilih-milih isu, kalau isu itu menguntungkan pakatan pembangkang maka ia akan disokong atau digembar-gemburkan tetapi kalau ia merugikan pembangkang maka ia akan disenyapkan begitu sahaja.
Pas perlu faham sikap tidak konsisten mereka dalam pelbagai isu yang berlaku boleh mengelirukan bukan sahaja ahli-ahli parti tersebut tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya.
Sebagai sebuah parti yang menjadi Islam sebagai asas perjuangan, Pas tidak boleh berdolak-dalik dalam sesuatu isu atau mengubah pendirian hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
Dalam Islam yang benar tetap benar, yang batil tetap batil. Pas tidak boleh menjadi ibarat sesumpah yang mampu bertukar wajah bila-bila masa demi menyelamatkan kepentingan politiknya.
Lebih penting daripada itu, Pas harus diperingatkan bahawa sikap tidak konsisten mereka lambat-laun tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada mereka, sebaliknya dilihat akan menguntungkan sekutunya iaitu DAP dan PKR. Buktinya sudah ada! PAS kalah semua Pilihanraya kecil kebelakangan ini di kawasan majoriti pengundinya melayu Islam.

No comments:
Post a Comment