Kalau benar Pas ingin menjadi sebuah parti Islam yang menentang segala kemungkaran dan menegakkan syiar Islam, maka bersikaplah seperti itu. Janganlah memilih-milih isu, kalau isu itu menguntungkan pakatan pembangkang maka ia akan disokong atau digembar-gemburkan tetapi kalau ia merugikan pembangkang maka ia akan disenyapkan begitu sahaja.
Pas perlu faham sikap tidak konsisten mereka dalam pelbagai isu yang berlaku boleh mengelirukan bukan sahaja ahli-ahli parti tersebut tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya.
Sebagai sebuah parti yang menjadi Islam sebagai asas perjuangan, Pas tidak boleh berdolak-dalik dalam sesuatu isu atau mengubah pendirian hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
Dalam Islam yang benar tetap benar, yang batil tetap batil. Pas tidak boleh menjadi ibarat sesumpah yang mampu bertukar wajah bila-bila masa demi menyelamatkan kepentingan politiknya.
Lebih penting daripada itu, Pas harus diperingatkan bahawa sikap tidak konsisten mereka lambat-laun tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada mereka, sebaliknya dilihat akan menguntungkan sekutunya iaitu DAP dan PKR. Buktinya sudah ada! PAS kalah semua Pilihanraya kecil kebelakangan ini di kawasan majoriti pengundinya melayu Islam.






