
Keadaan terkini di luar Istana Kehakiman mula menjadi sedikit menarik apabila bilangan penyokong Saiful Bukhari mula bertambah sedikit demi sedikit. Dianggarkan penyokong Saiful bertambah dari semalam dimana dianggarkan kira-kira 600 pada hari ini berbanding 400 pada semalam.

Polis terpaksa menjarakkan kedudukan penyokong Saiful lebih jauh dari penyokong Anwar dimana bilangan penyokong Anwar turut bertambah hari ini.

Tetapi di sebelah penyokong Anwar, dikhabarkan dari sumber dalamanan PKR, penyokong dari parti PAS dilihat seolah-olah memboikot prosiding makhamah babitkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat itu. Bagaimanapun keadaan sehingga kini masih dalam kawalan pihak Polis.-UtaraNews.com


No comments:
Post a Comment