Tuesday 28 October 2014

GAMBAR SAIFUL 'LAYAN' ANWAR..... ???


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Sekeping gambar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini menjadi fokus pihak pembelaan semasa perbicaraan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Pasukan pembelaan Anwar, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, sejak pagi tadi berhujah membuktikan yang Saiful bukan seorang saksi boleh dipercayai, dalam usaha mereka membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan Mac lepas yang mendapati Anwar bersalah.

Pembelaan mahu mahkamah menerima gambar menunjukkan Saiful di rumah Anwar sehari selepas kes liwat didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008.

Sri Ram berpendapat kedua-dua Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak mengambilkira perilaku dan kelakuan Saiful dalam gambar tersebut.

"Perilakunya biasa dan tidak konsisten dengan seorang yang diliwat dengan ganas pada hari sebelumnya," katanya.

Pada Januari 2012, selepas perbicaraan panjang, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar selepas memanggilnya mengemukakan hujah pembelaan. Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Bagaimana pun, pada Mac 7, 2014, keputusan itu ditolak Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Hukuman itu ditangguh sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini dan esok.

Perbicaraan diadakan di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan dianggotai Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. - rakyatnews

No comments: