Wednesday 29 October 2014

JENAYAH LIWAT ANWAR IBRAHIM : POLIS DIBALING TELUR, KES DITANGGUHKAN LAGI ????


Berlaku kekecohan di luar Istana Kehakiman, di sini, apabila sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba merempuh besi penghadang yang dipasang pihak berkuasa.

Sedang anggota keselamatan mengawal rempuhan, salah seorang anggota polis terkena telur yang dibaling dari arah belakang. seterusnya



Petugas media juga turut menjadi mangsa balingan telur.. 



Yang menariknya kali ini ialah kehadiran rakyat yang berkumpul dan menyatakan sokongan mereka kepada Saiful Bukhari.


Di dalam mahkamah pula, peguam-peguam Anwar Ibrahim mempertikaikan bukti DNA :
Bukti DNA tidak boleh diterima sebagai satu-satunya bukti terhadap jenayah yang didakwa dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata pihak pembelaan dalam rayuan kes liwat Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Persekutuan hari ini. 
Peguam Ramkarpal Singh, menyambung keterangan pada hari kedua sebentar tadi, memberitahu mahkamah yang sampel DNA hanya sebahagian daripada keterangan yang menyokong. 
"Salah anggapan yang sering terjadi ialah terlalu banyak kebergantungan kepada bukti DNA. Kita sering terlupa yang bukti DNA harus menjadi sebahagian daripada keterangan yang menyokong," katanya.
Yang musykilnya tentang kenyataan di atas ialah jika peguam-peguam Anwar berpegang kepada 'DNA hanya sebahagian daripada keterangan yang menyokong', kenapakah mereka tidak meneruskan kes mereka dengan memanggil alibi-alibi mereka dan Anwar tidak mahu diri beliau disoal di kandang saksi di Mahkamah Rayuan?

Yang menariknya ialah laporan portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider yang seterusnya : 

"(Ini semua) ialah keterangan yang menyokong yang perlu diambil kira oleh mahkamah walaupun bukti DNA itu dianggap memuaskan," kata Ramkarpal. seterusnya
Peguam Anwar anggap bukti DNA memuaskan?

Jika benar seperti yang dilaporkan oleh portal pro-pembangkang itu, maka alasan yang seterusnya patut diberikan oleh peguam Anwar Ibrahim ialah bagaimanakah DNA Anwar boleh berada dalam anus Saiful Bukhari?

Media juga melaporkan :

Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penghujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah. seterusnya 
Apakah maksud laporan di atas? Hari Jumaat ini bukan hari yang dinanti-nantikan untuk mengetahui keputusan kes liwat Anwar?

No comments: