Wednesday 29 October 2014

AKAUN FB CHOPZ SUEY GUNAKAN GAMBAR INDIVIDU LAIN UNTUK UGUT BUNUH VVIP


ADMIN ingin menarik perhatian pembaca setia blog yang tidak sepertinya ini. Kelmarin, telah disiarkan post dengan tajuk ADA YANG SANGGUP NAK BUNUH KETUA MENTERI SARAWAK !!! Secara jujurnya, post tersebut telah dicopy dari blog   beliabangkit

Bagaimanapun, hari ini admin telah menerima mesej di page BICARA PERJUANGAN
yang meminta agar menarik balik kenyataan dan membersihkan nama baik kawan saya (penghantar mesej) yang mana gambar yang digunakan oleh pemilik akaun fb Chopz Suey bukanlah gambar sebenar, sebaliknya ia merupakan gambar rakan kepada penghantar mesej. BACA DI SINI.



Oleh yang demikian admin dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada si penghantar mesej dan artikel yang berkenaan akan dipadam. Harap maklum. 

Terima kasih diucapkan kepada si penghantar mesej kerana makluman tersebut.

No comments: