Monday, 1 September 2014

TERIKAT DEKLARASI 1992, SULTAN SELANGOR TERPAKSA LANTIK WAN AZIZAH JADI MB SELANGOR ???

alt

KUALA LUMPUR 1 Sept - Pakar Undang-Undang Dr Abdul Aziz Bari hari ini menegaskan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terikat dengan deklarasi 1992 dimana baginda perlu mengikut nasihat kerajaan negeri dalam hal lantikan Menteri Besar.

Menurut Aziz, Sultan kini tiada pilihan selain melantik Datuk Dr Wan Azizah Ismail yang mendapat sokongan 30 ADUN negeri daripada 56 orang keseluruhan.

"Kandungan tersebut mengikat baginda hingga hari ini. Tiada kesan undang-undang dalam dokumen tersebut, tetapi secara moralnya akan memalukan baginda jika mengabaikannya.

"Jadi di Selangor, Sultan perlu melantik (Dr Wan Azizah). Meminta lebih nama serta enggan melantik beliau adalah membelakangi deklarasi 1992 dan lebih penting lagi, (membelakangi) perlembagaan itu sendiri," katanya.

Malaysia Insider dalam laporannya hari ini menjelaskan peruntukan mengikut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan Selangor diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan MB bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon MB bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak."

Post a Comment