Ketua Menteri, Lim Guan Eng dipanggil memberi keterangan berhubung penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ahlinya ditahan polis pagi ini (semalam).
Guan Eng hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira pukul 4.15 petang semalam untuk membantu siasatan.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang juga Pengerusi PPS ditahan polis petang ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Anggota PPS dikambing hitam oleh Lim Guan Eng dan regim DAP Pulau Pinang. Penubuhan PPS tak lebih untuk kepentingan DAP bukannya untuk menjaga keselamatan rakyat.
Sebentar tadi di hadapan balai polis timur laut anggota keluarga PPS melahirkan rasa marah terhadap DAP yang mengambil kesempatan yang mencabar pihak Polis.
Sekitar jam 9.00 mlm, lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada ahli keluarga PPS yang ditahan serta wartawan tempatan sedang berada diluar pagar IPD Timur Laut. Kelihatan RSN Rayer & Jagdeep Singh sedang memberi penerangan kepada ahli keluarga PPS yang ditahan Polis.
Sumber dari blog Pisau mengkhabarkan bahawa 4 anggotanya disahkan mengambil dadah jenis meth(ice) apabila pemeriksaan air kencing dibuat...... ???
No comments:
Post a Comment