Ulu Tiram : “Arwah seboleh-bolehnya hendak memakai kain pelekat arwah datuknya pergi solat Jumaat sedangkan sebelum ini dia lebih selesa memakai seluar saja,” kata ibu kepada pemain bola sepak Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohamad Amirul Hakim Samsuddin, 18, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 43.5, Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Kota Tinggi, dekat sini, semalam.
Sapiah Elias, 44, berkata, anak lelaki tunggalnya itu tidak banyak berubah, tetapi berperangai pelik apabila mengenakan baju peninggalan datuknya Jumaat lalu.
Menurutnya, walaupun Mohamad Amirul berperangai pelik ketika itu, tetapi dia sekeluarga tidak mencurigainya hinggalah menerima berita kemalangan itu.
“Apabila dapat tahu dia terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia, baru saya teringat perangai peliknya yang memakai kain pelekat dan baju arwah datuknya pada Jumaat lalu.
“Mungkin itu petanda dia meninggalkan saya selama-lamanya,” katanya yang juga ibu kepada empat anak itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mulia, Sungai Tiram, dekat sini, semalam.
-Metro
No comments:
Post a Comment