Monday, 1 September 2014

RSN RAYER DITAHAN POLIS !!!

Foto
RSN Rayer tiba di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.  - myMetro
Georgetown : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan bagi membantu siasatan berhubung penahanan 135 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, dalam satu kenyataan mengesahakan penahanan ADUN Seri Delima itu. 
Penahanan Rayer dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. 

"Dengan penahanan Rayer menjadikan baki ahli PPS yang masih ditahan polis adalah seramai 135 orang selepas polis mendapati bahawa PPS adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," katanya.
Sementara itu, beliau turut mengesahkan Pengerusi PPS juga Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Booh Poh dibebaskan dengam jaminan polis, 6 petang tadi.

Post a Comment