Friday 5 September 2014

PACAR BARU ABBY ABADI


Abby Abadi menimbulkan gosip terbaru apabila dikatakan telah menemui pengganti. Menerusi satu gambar seorang lelaki yang dikongsikan oleh Abby di Instagram disertakan dengan ayat yang penuh dengan bunga-bunga cinta.


Melalui gambar yang tersebar, lelaki tersebut dikatakan seorang ustaz bernama Khairul Azli. Kawan baik Abby iaitu Azza Elite turut mengusik seakan sudah tahu akan perhubungan cinta yang sudah berputik antara mereka berdua.


Malahan melalui satu video, peminat media hiburan dapat menjangkakan hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin. Sekiranya ia berhasil, ini merupakan perkahwinan yang ketiga buat Abby Abadi.

Pada 9 Mei lalu, Abby diceraikan oleh bekas suaminya, Nor Farhan melalui khidmat pesanan ringkas. Sememangnya jodoh ditangan tuhan dan Abby beruntung dipertemukan dengan jejaka-jejaka yang tampan.




No comments: