Friday, 5 September 2014

GURU PUSAT TAHFIZ LIWAT MURID LELAKI BERUSIA 14 TAHUN...... ASTAGHAFIRULLAHAL'AZIM....


IPOH – Harapkan pagar, pagar makan padi. Pelajar sepatutnya ke sekolah menuntut ilmu dengan bimbingan guru namun berlaku sebaliknya.

Guru yang diharap mencurah ilmu menjadikan pelajar tempat melampias nafsu.

Itu yang berlaku kepada seorang pelajar sebuah pusat tahfiz di Taiping mendakwa diIiwat seorang daripada guru dalam tiga kejadian berasingan pada Julai dan Ogos lalu.

Dalam tiga kejadian berasingan itu, seorang guru berusia 23 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan keji itu terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah bilik tidur dan asrama pusat tahfiz berkenaan pada jam 1.30 pagi, 6.30 pagi dan 3.30 petang.

Dalam kejadian pertama, Julai lalu, guru berkenaan dikatakan telah menahan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke surau, sebelum dibawa ke bilik tidurnya.

Sumber memberitahu media, guru berkenaan mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum melakukan aktiviti luar tabii sebelum menyerahkan RM80 sebagai wang sogokan agar merahsiakan hal itu.

“Kejadian kedua dan ketiga berlaku pada Ogos lalu dan mangsa cuba melawan, namun diugut pukul.

"Pelajar berkenaan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan menerima laporan yang dibuat, 1 September lalu dan berdasarkan pemeriksaan awal doktor, tiada kecederaan akibat diIiwat dikesan pada mangsa.

“Buat masa ini, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Post a Comment