Kuala Lumpur: Waris kepada Biduanita Negara, Allayarham Puan Sri Saloma kesal dengan Filem Biopik Saloma yang memberikan gambaran negatif dan tidak tepat di mana ia dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada generasi akan datang.
Perkara itu didedahkan Arzanee Armalie, 37, cucu kepada biduanita itu atau nama sebenarnya Salmah Ismail apabila ada segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menyentuh peribadi keluarganya dan dianggap untuk kepentingan sendiri.
"Filem itu juga seolah-olah memperbodohkan keturunan nenek (Saloma) termasuk bapa (Armalie Arman Ramli) apabila menayangkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah.
"Gambaran yang dipaparkan rata-ratanya berunsur negatif dan tidak benar sama sekali, katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.
Katanya, dia tertekan dengan perkara itu dan tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan khalayak memandangkan imej keluarganya tercalar berikutan tayangan filem itu.
"Perkara yang paling dikhuatiri apabila masyarakat memandang buruk terhadap generasi Allayarham Puan Sri Saloma akan datang termasuk anak-anak saya, " katanya.
Katanya, dia juga sedih apabila pihak produksi tidak memaklumkan berhubung tayangan itu sebaliknya hanya selepas ia ditayangkan di Astro Khas pada 28 Ogos lalu.
"Saya juga menuntut pembayaran royalti membabitkan filem Biopik Saloma itu selain buku Saloma nukilan artis Ahmad Fauzee Samad dan Saloma Bistro yang sehingga kini tidak memberikan royalti sepatutnya.
"Saya bukan senang apatah lagi sudah tidak bekerja sejak enam bulan lalu akibat penyakit jantung, sukar untuk saya menyara keluarga dan dua anak," katanya.
Filem Biopik Saloma mengisahkan perjalanan hidup pahit manis seorang Biduanita Negara yang disanjung ramai, dilakonkan oleh Nabila Huda.
Supertele itu turut dibintangi Azhan Rani, Tony Eusoff, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Julia Ziegler dan Amerul Affendi.
Sementara itu, Pengarah Filem Biopik Saloma, Melissa Saila berkata selama berkarya pihaknya mementingkan pelbagai aspek termasuk menjaga hati semua yang terbabit dan berdasarkan cerita sebenar.
"Saya juga ada maklum pada dia (Azranee) mungkin dia terlepas pandang berhubung perkara ini," katanya ketika di hubungi Harian Metro.
Katanya, dia jugak tidak menyangka Azranee akan tampil kepada media kerana merasakan sudah mendapat persetujuan semua pihak.
"Apa pun saya akan mencari jalan berjumpa dia (Azranee) dalam masa terdekat untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.
Hurmmm..... sebenarnya hanya nakkan royalti je kan....??? Tapi nampak macam ambik kesempatan pulak....!!!
No comments:
Post a Comment