Tuesday, 23 September 2014

(FOTO) NGERI : BAYI 9 BULAN PARAH HAMPIR JADI SANTAPAN BIAWAK !!!


Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, pagi semalam.



Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata kejadian itu berlaku pada 10 pagi.
“Bayi seberat sembilan kilogram itu diletakkan di atas lantai dapur oleh ibunya yang ketika itu ingin mengambil sesuatu, namun tiba-tiba ibu mangsa terdengar bunyi bising sebelum diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa."

“Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku.


“Haiwan berkenaan dilihat cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur dipercayai untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran,” katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata ibu bayi itu bagaimanapun berjaya menyelamat anaknya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman untuk menerima rawatan.

Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tioman pada 4.51 petang semalam.

“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan, namun dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu berikutan kecederaan parah yang dialami. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.


Inilah biawak yang dikatakan mahu membaham bayi perempuan berusia 9 bulan di Pulau Tioman

Sumber asal :  taotauajer

No comments: