Tuesday, 23 September 2014

BILA FOTOGRAFI JADI 'PORNOGRAFI'... JURUGAMBAR MOHON MAAF...


Parit Buntar: Seorang jurugambar perkahwinan tidak menyangka sekeping gambar pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda yang asalnya bertujuan mempromosikan perniagaan bertukar menjadi viral di laman sosial apabila perkataan ‘untuk sesi fotografi’ tersilap ditulis sebagai ‘untuk sesi porn0grafi’ hingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat dan pelanggannya.

Jurugambar terbabit yang enggan dikenali berkata, pada awalnya dia tidak menyedari kesilapan ejaan itu sehinggalah ditegur beberapa kenalan mengenainya dan segera memadamnya tidak lama kemudian.

Menurutnya, kesilapan berlaku kira-kira jam jam 12 tengah malam kelmarin ketika dia sibuk memuat naik gambar pasangan pengantin yang diambilnya bersama seekor kuda dengan tujuan mempromosi perniagaan, namun tidak memeriksa perkataan ditulis pada gambar berkenaan.


“Selepas lima minit gambar itu dimuat naik dan disiarkan dalam laman Facebook, beberapa rakan dalam laman sosial menegur saya terhadap perkataan ditulis dan saya segera memeriksanya dan terkejut apabila menyedari kesilapan dilakukan.

“Saya segera menukar perkataan itu tetapi tidak menyangka ada pihak sempat membuat ‘print screen’ gambar itu serta menyebarkannya di laman sosial hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jurugambar itu berkata, dia sememangnya tidak berniat berbuat demikian, apatah lagi melakukan perniagaan perkhidmatan gambar porn0grafi kerana masih waras dan apa yang berlaku disebabkan kesilapan menaip perkataan. -Hmetro

Post a Comment