Friday, 22 August 2014

SULTAN SELANGOR 'DIPERANGKAP' PUAK-PUAK PR ???


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengidamkan DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, di lantik terus sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

PKR dan PR mahu mengelakkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan kerana perancangan boleh berubah.

PKR sudah melengkapkan dokumen Surat Akuan Bersumpah Sokongan daripada 43 ADUN PKR, DAP dan PAS. Tan Sri Khalid kini keseorangan bersama 12 ADUN daripada BN. Dokumen ini akan di persembahkan ke Bawah Duli Tuanku apabila Tuanku berangkat pulang pada 23 Ogos 2014 nanti.

Jesteru itu, andaikata Sultan Selangor menerima nasihat Tan Sri Khalid untuk membubarkan Dewan, Tuanku kena memberikan alasan yang bernas dan `legal' untuk di adakan pembubaran dan piliharaya negeri. Kita tidak mahu sesuatu keputusan akan di `contest' di Mahkamah kelak.

Selain daripada itu, gerakan menekan Sultan Selangor secara sulit sedang dijalankan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai pertukaran MB PAS Perak, DS Nizar Jamaluddin kepada MB BN, DS Zambery Kadir, di mana Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak perlu di adakan kerana DS Zambery sedang mendapat majoriti Dewan.

Prinsip yang sama sedang di cadangkan di gunapakai di Selangor.

PKR dan PR juga sedang bermain dengan Sultan Selangor agar menerima DS DrWan Azizah sebagai MB yang baru kerana hanya seorang penama sahaja yang di usulkan atau dipersembahkan kepada Tuanku Sultan.

PKR dan PR cuba melakar sejarah sebagai negeri yang pertama di Malaysia mendapat MB seorang wanita.

Di samping itu, Anwar Ibrahim ingin mengukuhkan kedudukan beliau dan PKR serta PR menuju Putrajaya.

Inilah `perangkap samar' yang sedang di pasang oleh PKR dan PR supaya ia menjadikan Sultan Selangor berhati hati membuat keputusan dan keputusan itu mengikut rencana PKR dan PR.


Andaikata Sultan Selangor mengambil jalan yang berbeza, `bom perangkap samar' akan meletup. Hanya jalan yang `bersih' akan menyelamatkan Baginda Sultan. SUMBER

Post a Comment