Friday 22 August 2014

NURUL IZZAH MENGAKU MEMFITNAH RAJA NONG CHIK


Nurul Izzah Anwar Ibrahim telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemfitnah apabila menyelesaikan kes samannya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Permohonan maaf dari anak perempuan Anwar itu terhadap Raja Nong Chik Zainal Abidin turut membuktikan pemimpin Pakatan sememangnya mempunyai kebiasaan mengeluarkan tuduhan melulu tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.

Nurul yang juga Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai sebelum ini disaman oleh Bekas Menteri Wilayah itu diatas sebab mengeluarkan kenyataan fitnah dan tuduhan palsu berhubung satu urusniaga pembelian tanah yang sebenarnya tidak punya sebarang kaitan deggan pihak yang dituduh.

Nurul Izzah berkata, terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat olehnya pada petang 4 Mei tahun lalu, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, serta ahli keluarganya.

"Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu," katanya ketika membacakan kenyataan maaf itu.

Sebelum itu dalam pertuduhannya Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu diterbitkan dalam laman sesawang Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei tahun lalu.

Beliau mendakwa, penerbitan kenyataan itu menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.

Sementara itu, di luar mahkamah, Raja Nong Chik memaklumkan pemberita bahawa beliau bersyukur kerana akhirnya kes berkenaan dapat diselesaikan.

"Alhamdulillah, setelah hampir setahun kes ini dapat diselesaikan dan sempena bulan yang baik ini (bulan Syawal), saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes dan meminta pampasan.

"Saya juga berpendapat kita harus bersatu kerana negara kita kini dalam suasana berkabung sempena memperingati tragedi MH17," katanya.

Satu tindakan terpuji yang telah ditunjukkan oleh Raja Nong Chik dengan menerima permohonan maaf tersebut berdasarkan kepada beberapa perkara yang rasanya sukar dilakukan oleh pihak lain.

Namun hakikatnya bukan sahaja imej malah kedudukan Raja Nong Chik sebagai ahli politik turut terjejas teruk akibat daripada permainan politik Nurul Izzah amat dikesalkan.Walau apa jua alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah , rakyat sebenarnya tahu dan sedar bahawa Nurul tidak ada bezanya dengan pemimpin dalam pasukan pembangkang yang lain kerana turut sama menyemarakkan sikap memfitnah secara melulu. ~UtaraNews.com 

No comments: