Friday 22 August 2014

#MH17 : MALAYSIA BERKABUNG.. KETIBAAN 20 JENAZAH KUMPULAN PERTAMA DI TANAHAIR....

PTJ07_220814_MH17

SEPANG, 22 Ogos — Anggota tentera mengusung keranda jenazah pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.



Kumpulan pertama yang melibatkan seramai 20 jenazah mangsa tragedi MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA dengan pesawat khas MAS kira-kira 10 pagi tadi. Sebanyak 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan kesemua jenazah dikendali dengan penuh hormat pada istiadat tersebut. 

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu. – fotoBERNAMA

1 comment:

Unknown said...

Kepulangan yang sememangnya di nantikan dengan linagan air mata...

Semoga mereka ditempatkan bersama para shuda...