Friday, 22 August 2014

PENDEDAHAN TRAJEDI LAHAD DATU, BERI KESAN BURUK PADA IBU MANGSA


Pendedahan tragedi berdarah di Kampung Simunul di Mahkamah (beberapa hari lalu) dan disiarkan secara meluas melalui media massa semalam telah memberi kesan buruk kepada ibu mangsa.


Melalui satu perbualan di media sosial oleh seorang pengguna media sosial mendedahkan ibu kepada Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran tidak dapat menahan kesedihan apabila membaca berita itu. Puan Sadiah Mohd. Amin dikatakan terkejut mengetahui keadaan tubuh badan anaknya yang mesra dipanggil ayon itu.



Apa yang lebih menjengkelkan apabila Puan Sadiah dikatakan turut dihujani soalan dari penduduk kampung yang mustahil dapat dijawab olehnya.

Mungkin ada benarnya juga berita sebegini seharusnya tidak perlu dibawa keluar dari mahkamah. Anggota keselamatan yang terkorban di medan pertempuran seharusnya diangkat sebagai hero dan bukannya dihidang dengan berita-berita buruk seperti ini. -TengokTVonline

Post a Comment