Sunday, 13 July 2014

UMIE AIDA MASIH BERSTATUS DATIN.....


Syukur alhamdulillah, walaupun banyak berita sedih kita dengar pada Ramadan ini seperti pemergian penyanyi kesayangan ramai, Datuk Sharifah Aini, Linda Rafar kehilangan cahaya mata dan Gaza diserang Zionis Laknatullah, tetapi ada berita gembira Cik Pang terima membabitkan rakan artis kita.



Selain beberapa artis menutup aurat rambut, ada lagi berita gembira yang Cik Pang dengar. Iya memang benar, pelakon bertaraf seniwati, Umie Aida masih berpangkat Datin.

Itulah cerita gembira yang mahu Cik Pang kongsi dan rupa-rupanya cerita Umie dan Datuk Paduka Khairuddin bercerai tidak benar. Teman rapat pasangan ini memberitahu Cik Pang dan menjelaskan, mereka hanya berpisah bantal.

Patutlah sebelum ini ramai teman media lihat Umie dan Khairuddin muncul di Masjid At-Taqwa menziarahi jenazah Allahyarhamah Sharifah Aini bersama.

Baru-baru ini, sewaktu Umie menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, nampak Khairuddin turut sibuk seperti tuan rumah.

Rupa-rupanya, memang ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu masih tuan rumah kerana dia dan Umie tidak pernah bercerai, tetapi hanya berpisah.

Kata sumber itu, ramai pihak salah anggap apabila nampak kelibat Umie di Mahkamah Syariah sebelum ini. Waktu itu, dia ke sana kerana urusan untuk mendapatkan cop dan bukan mahu bercerai.

Kata sumber rapat pasangan ini, sebelum ini Umie dan Khairuddin berpisah kerana memberi ruang untuk kedua-duanya berfikir, maklumlah hidup berumah tangga ada pasang surutnya. Ibarat kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Nampaknya segala permasalahan timbul dapat diselesaikan. Syukur, berkat doa dan istiqamah mungkin membuatkan Allah menunjukkan jalan buat Umie dan suami. Apatah lagi perkara baik ini berlaku di bulan mulia.

Pasangan ini juga khabar­nya mahu meraikan perkara baik ini dengan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci dalam waktu terdekat.

Mereka mahu mengambil keberkatan Ramadan, apatah lagi ia mampu mengimbau saat manis sewaktu mereka dinikahkan di depan Kaabah.

Tahniah dari Cik Pang untuk Umie dan abang. Mendengarkan berita baik ini membuatkan Cik Pang pula yang teruja.

No comments: