Sunday, 13 July 2014

BRIGED AL-QASSAM YANG DIGERUNI


Al-Qassam Brigade atau Briged Al-Qassam merupakan barisan pejuang bergelar Komando Qassam atau Briged Ezzedeen Al-Qassam yang amat digeruni oleh tentera rejim Zionis. Nama Al-Qassam diambil sempena nama pejuang Sheikh Izzuddin al-Qassam yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggungjawab mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh Zionis Laknatullah.
Pada peringkat awalnya, mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini, tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli batalion terlatih seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda terpelajar antara 18-30 tahun dan juga para ulama.
Sejak intifada al-Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin. Briged al-Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.
Syarat utama pemilihan menjadi ahli Briged al-Qassam:
Wajib solat berjemaah
Mempunyai skuad wanita
Wajib pelajari tafsir al-Quran
Wajib baca al-Quran sehari sejuzuk
Wajib menghafal 40 hadis Arbain
Amalkan puasa sunat dan bertahajud
Mencintai dan bersedia untuk syahid
Berdisplin dan mentaati kempimpinan...
Perkongsian menarik dari blog klxpress.com

Post a Comment