Sunday, 13 July 2014

SIAPAKAH WANITA MISTERI DERMA GELANG EMAS UNTUK KANAK-KANAK GAZA ???


Pejabat Aman Palestin hari ini menerima satu sampul surat kiriman seorang hamba Allah. Ia ditujukan kepada kanak-kanak di Palestin bersama seutas gelang emas. 

Semoga Allah menerima sumbangan dan membalasnya dengan pahala berlipat ganda dengan keberkatan bulan Ramadhan ini.

SURAT PENDERMA MISTERI 

Dear children of Gaza,

I am very sorry if can’t give more than this. I have 4 children that I love so much. 2 of them I can’t take care with my own hands.

But I believe Allah will take care of them. As much Allah take care the children of Gaza. Allah will rewards all the pain and suffer with Jannah.

With all do’a to take away “riya” from my heart, I hope Allah ridha. Amieen…


Susulan itu, ramai pengguna Facebook yang tidak putus-putus memanjatkan doa kepada penderma misteri ini sekaligus membuka mata orang ramai akan kesedaran menyumbangkan derma kepada warga Palestin yang memerlukan bantuan dari kita.

"Hebatnya iman wanita ini. Mungkin gelang ini merupakan satu-satunya barang kemas yang beliau ada. Tetapi tetap diinfakkan ke jalan Allah. Geng-geng anak mami yang ada gelang emas sampai ke siku tak teringin ke infak satu ke jalan Allah?” - kata Mohd Fadli Salleh yang mengagumi kemurahan hati penderma misteri ini.

“Walaupun hanya sebentuk gelang emas yang kecil, tapi ini buat aku terharu,” - Mohd Husin Nazar

“Gua nangis bro baca surat tu. Gua sangat terharu bro walaupun dengan seutas gelang yang kau berikan. Terbaik buat kau wahai sahabat yang menyumbang,” - Syed Al-Juffry

“Maafkan kami Palestin, kami hanya mampu berdoa dan mengharapkan imam mahdi segera muncul. Kami semua penakut, untuk boikot barangan Israel pun kami tak mampu, apatah lagi untuk berjuang bersama-sama kamu. Maafkan kami..” - Kick Buttowski

"Ya Allah, hancurkan bumi Israel. Kembalikan tanah Palestin pada mereka yang berhak. Kau hancurkan zionis dajjal yang bermaharajalela membunuh anak-anak kecil, orang tua dan mereka yang tidak berdaya melawan kafir laknatullah. Kau makbulkan doa kami Ya Allah. Hanya doa yang dapat kami bantu. Kami pun insan mu yang lemah. Makbulkan doa kami Ya Allah. Ameen” - Rad Dware

Semoga orang yang memberi ini dilimpahkan lagi dengan rezeki yang lebih besar kepada beliau dan keluarganya. Amin.. - My Media Hub

Post a Comment