Thursday 17 July 2014

KENAPA DAP DAN PAS BENCI SANGAT DENGAN KETUANAN MELAYU ???


Sejak akhir-akhir ini DAP semakin berani mempertikaian hak dan perlembagaan negara yang berkaitan dengan umat Islam. Manakala – PAS seolah-olah tidak berupaya lagi menahan kehendak dan nafsu serakah DAP dalam menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu sedikit demi sedikit. 


Terdapat 10 sebab mengapa DAP dan PAS takut terhadap konsep Ketuanan Melayu, sebab-sebabnya ialah :

1. DAP tahu jika mereka tidak suka dengan konsep Ketuanan Melayu, mereka boleh berambus dari Malaysia dan kembali ke China. Hiduplah di sana dengan kebebasan yang mereka idam-idamkan. Atau semua ahli DAP boleh berhijrah dan tukar kerakyatan menjadi warganegara Singapura. Di Singapura ahli-ahli DAP boleh hidup mengikut apa-apa yang mereka rasa betul dan adil.

2. PAS tidak suka kepada konsep Ketuanan Melayu – kerana mereka tahu bahawa konsep tersebut tidak bercanggah dengan Islam. Maksud sebenar Ketuanan Melayu adalah merujuk kepada konsep Hak Orang-orang Melayu di Malaysia dan bukan merampas hak orang lain. Dalam Islam mempertahankan hak adalah wajib hukumnya.

3. DAP bimbang jika ramai orang Melayu yang tahu hak-hak mereka di sisi undang-undang dan perlembagaan – maka perjuangan DAP tidak lagi relevan – malah mungkin beberapa siri tindakan mereka selama ini semakin jelas bercanggah dengan perlembagaan.

4. PAS tahu bahawa Ketuanan Melayu dan Islam merupakan kunci kekuatan UMNO – justeru itu, PAS lebih selesa menyerang konsep tersebut agar masyarakat menjadi keliru dan diperbodohkan.

5. DAP sengaja membesar-besar soal Ketuanan Melayu dan Hak Istimewa Melayu – agar menaikkan rasa benci rakyat kepada kerajaan. Sedangkan kerana adanya Ketuanan Melayulah bangsa Cina berjaya di Malaysia selama ini.

6. Menyerang konsep Ketuanan Melayu adalah cara terbaik parti pembangkang bagi mewujudkan rasa benci kepada kerajaan. Mereka tidak mahu rakyat tahu hakikat keharmonian yang dicapai selama ini adalah berasaskan kepada konsep tolak ansur dan kontrak sosial.

7. DAP adalah parti perkauman – untuk menutup identiti tersebut, maka adalah lebih baik menyerang UMNO terlebih dahulu dengan tuduhan-tuduhan bahawa UMNO adalah parti perkauman.

8. PAS bimbang dengan Ketuanan Melayu disebabkan sejarah PAS sebelum ini – yang membuktikan bahawa PAS juga memperjuangan hak orang Melayu dan Islam. Justeru itu, perjuangan PAS pada hakikatnya tiada beza dengan UMNO. Oleh sebab itu bagi mewujudkan perbezaan dengan UMNO, maka PAS menentang Ketuanan Melayu.

9. DAP sememangnya mahu menghapuskan segala identiti yang merujuk kepada Islam dan orang Melayu di Malaysia. DAP mahu menguasai politik Malaysia dengan cara yang paling jijik dan kotor – dan cara pertama adalah mengkritik secara terbuka tentang konsep Ketuanan Melayu.

10. DAP tahu – untuk mendapatkan sokongan daripada kaum bukan Cina – isu Ketuanan Melayu sangat memberi kredit yang besar kepada parti tersebut. Lantaran itu, DAP akan memainkan isu perkauman ini sehingga PRU yang akan datang bagi meraih sokongan.

Kesimpulannya : DAP harus diharamkan di negara ini – ideologinya sangat merbahaya untuk rakyat Malaysia.

SUMBER :  rmf7

No comments: