Thursday, 17 July 2014

TLDM SELAMATKAN KAPAL TANGKI MALAYSIA DIRAMPAS LANUN DI LAUT CHINA SELATAN


Sekumpulan lanun menyerang kapal tangki Malaysia dan melarikan kargo berisi minyak sebelum menghanyutkannya dalam serangan terbaru di perairan Laut China Selatan, lewat malam tadi.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, kapal MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun sebelum menghanyutkannya dengan peralatan komunikasi dan enjin yang sudah rosak.

Kapal berkenaan dalam perjalanan dari Singapura ke Sandakan, Sabah.

Bagaimanapun, kesemua anak kapal dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Biro Maritim Antarabangsa yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Noel Choong berkata, Pusat Laporan Lanun memberi amaran terhadap peningkatan jumlah insiden rampasan kapal di kawasan perairan berkenaan.

“Ia adalah serangan kesembilan di kawasan perairan ini... ia satu kebimbangan besar,” katanya sambil menggesa kapal lain yang akan melalui kawasan perairan Laut China Selatan supaya berwaspada dengan ancaman lanun. - AFP 

Kesemua anak kapal diselamatkan oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia kemudiannya lapor Bernama..

TLDM hari ini selamatkan kapal tangki minyak 'MT Oriental Glory' yang ditawan lanun di sekitar perairan timur Johor di Laut China Selatan, semalam - Kementerian Pertahanan

Post a Comment