
SEJAK kelmarin, aku dihujani dengan maklumat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp mengenai seorang lelaki yang dikatakan sebagai perogol bersiri sedang aktif mencari mangsa-mangsa terbaru sebelum membunuh dan mengambil organ-organ 'berharga' dari tubuh mangsa untuk dijual. Maklumat tersebut adalah seperti berikut :
PERHATIAN : Seorang lelaki bernama Mohd Faris Farhan bin Akhlaken Ahmad amat dikehendaki polis kerana beliau aktif dalam kegiatan penjualan organ manusia dan perogol bersiri di Malaysia dan Sempadan Thailand . Lelaki penganut hindu ini juga telah membunuh seramai 16 orang wanita dan 5 orang lelaki untuk mendapatkan organ . Penduduk Malaysia diminta berjaga-jaga terutama pada waktu malam dan pagi . Khabar itu betul menyatakan beliau sedang bergiat aktif mencari mangsa di Bachok Kelantan . Info daripada Balai Polis Bukit Aman . #mohon share. Minta hati2 jika berada di kawasan awam.. Copy paste CPJ caw pencegahan jenayah.

Lega... Rupa-rupanya maklumat tersebut adalah palsu. Aku tidak menyebarkannya ke mana-mana, just baca dan ignore....


No comments:
Post a Comment