Wednesday, 11 June 2014

SADIS !!! KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT DI MALAM PERTAMA KETIKA 'BERSAMA' SUAMI....


SANAA - YEMEN : Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.

"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

"Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi.

Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.


Walaupun berlaku di luar negara, tetapi adalah tidak wajar dan aku anggap memang kerja giler (zaman ini) apabila ada ibubapa yang 'tidak berperikemanusiaan' sanggup mengahwinkan anak perempuannya di usia 8 tahun !!! Tentang berita di atas tu.... jantan sial tu  (pada pandangan aku) seorang yang GILER SEKS @ "PECLOPHILIA".....vavi !!!

No comments: