Monday, 7 April 2014

AUSTRALIA YAKIN ISYARAT DIKESAN ADALAH KOTAK HITAM PENERBANGAN #MH370 ???


SYDNEY

Pegawai Australia berkata hari ini, isyarat dikesan oleh pengesan kotak hitam yang yang dipasang pada kapal Australia yang melakukan operasi mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sepadan dengan perakam penerbangan pesawat.


“Jelas sekali, ini adalah penemuan paling diyakini,” kata Angus Houston, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), pada sidang akhbar di Perth di barat Australia.

Houston berkata, dua isyarat telah dikesan di luar pantai barat laut Australia.

Pengesanan pertama kali selama 2.5 jam sebelum denyut hilang. Setelah kembali pulih, kapal itu dapat menerima kembali isyarat selama kira-kira 13 minit, katanya.

“Pada penemuan ini dua bunyi Pinger yang berbeza telah didengar,” kata Houston. “Yang paling menyakinkan, ianya sepadan dengan transmisi dari kedua-dua perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit. “

Sama ada isyarat itu dari pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac yang membawa 239 orang, memerlukan masa beberapa hari untuk disahkan, kata Houston.

Kotak hitam yang dijangka berada di dasar laut, dilengkapi dengan pengesan beacon yang menghantar isyarat ping tetapi bateri akan kehabisan kuasa sekarang, sebulan selepas pesawat MH370 hilang.

Jika kawasan isyarat boleh dikenalpasti dengan lebih rapat, ‘unmanned underwater vehicle’, Bluefin 21, akan dihantar untuk mencari bangkai di dasar laut dan untuk mengesahkan isyarat, kata Houston, yang menyatakan bahawa kawasan carian berpotensi adalah pada kedalaman 4.5km (2.8 batu), menepati keupayaan Bluefin 21.

“Kami berada di pinggir keupayaan dan kami mungkin terhad kepada keupayaan jika pesawat berakhir di air yang lebih dalam ,” katanya.” Dalam air lautan yang sangat dalam , tiada apa yang berlaku dengan cepat. “



Katanya, Ocean Shield terus mencari dikawasan terseut untuk cuba mendapatkan semula isyarat, sementara pasukan carian yang lain juga akan dihantar menyiasat laporan oleh kapal Cina, Haixun 01 yang terletak dikawasan lain beberapa ratus kilometer jauhnya.

5 comments:

QalamQabut said...

Hmmm... Yakin, tapi tak percaya... Walaupun gelombang ping tu 37.5, seperti yang sepatutnya dikeluarkan oleh black box.

Berapa black box yang terbenam di Lautan Hindi? Kenapa Australia tak mau konfirm? Ada maklumat yang nak disorok ke? Kenapa waris China warga MH370 tak mau serang Kedutaan Australia di Beijing?

Harapnya warga China ni dah bertamaddun sikit, tau Malaysia tak ada niat nak sorok sebarang maklumat mengenai misteri MH370 kecuali yang belum dapat disahkan kesahihannya.

Tetapi malangnya malaun yang jadi Ketua Pembangkang dalam Kabinet Malaysia ni masih bodoh dan bangang hingga tak terajar, bercakap seolah2 teringin benar nak jadi Musuh Negara Nombor Satu pula.

Bicara Perjuangan said...

AstroAwani melaporkan Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata isyarat ‘Ping’ pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 30 minit sahaja.Katanya konsisten milik kotak hitam pesawat. Tetapi diakui usaha kesan objek itu kat dasar laut akan mengambil masa beberapa hari untuk mengesahkan samada "pinger" itu milik kotak hitam MH370.. Nanti akhirnya tah2 diumumkan tiada kaitan dgn MH370... hurmmmm.....

QalamQabut said...

Yup, itu yang ditakuti, akan timbulkan kefrusatan (frust) yang berlanjutan bagi waris. Kita kena sedar getaran ping yang dikesan oleh Haizun 01 dan Ocean Shield tu adalah 600+ km antara satu sama lain walaupun dengan frekuensi sama iaitu 37.5Mhz. Memang saspen gila drama ni, kalahkan sinetron Indonesia pulak.

Bicara Perjuangan said...

Saya lihat seolah2 pihak yg membantu sebenarnya masing2 berlumba2 nk dptkan black box tu. Kiranya sapa cepat dia 'hero' laa. Haixun kesan, OCEAN Shield pun kesan jugak. Kalau China jumpe dulu, China lah yg akn buat pengesahan dan jika Aussie jmpe dulu dialah yg buat pengesahan. Harap tidak ada yg disembunyikan... Jika bukan katakan bukan... jika ya katakan ye... Tapi bmbang pulak China kata ye, Aussie kata bukan!!!

QalamQabut said...

Boleh tengok keadaan dasar Lautan Hindi di sini. Boleh tabik dua belah tangan pada sesiapa yang jumpa dahulu. https://twitter.com/NewsTracker3/status/453142217998094338/photo/1