Sunday 4 May 2014

1,922 KES SALAH LAKU SIBER DILAPORKAN PENGGUNA INTERNET DARI JAN - MAC 2014

Post Pic

KUALA LUMPUR : 
Sebanyak 1,922 kes salah laku siber dilaporkan oleh pengguna Internet melalui Pusat Bantuan Cyber999, CyberSecurity Malaysia dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
 
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, daripada jumlah itu penipuan siber adalah salah laku tertinggi direkodkan iaitu 794 kes. 
 
“Ia diikuti perisian berbahaya atau malware 430 kes; pencerobohan sistem dalam talian serta pencacatan laman web 401 kes; gangguan siber 143 kes; dan lain-lain 154 kes,” katanya dalam ucapan pada majlis Pelancaran Kuiz Celik Cybersafe - Asuh di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam. 
 
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) Mosti Dr Zulkifli Mohamed Hashim.
 
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab dan Pengarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd Abu Hassan Morad.
 
Abu Bakar berkata, pada tahun lalu 10,636 kes salah laku siber dilaporkan oleh pengguna Internet. - AntaraPos

No comments: