Sudah mula kedengaran 'mufti2 jadian' di muka2 buku mengeluarkan fatwa Haram GST bersandarkan dalil berikut:
إنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ
"Sesunggunya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ adalah di dalam neraka". Mereka menafsirkan perkataan 'Maks' sebagai cukai. (Nota:Dalam istilah Arab cukai boleh diterjemah sebagai 'Dhorabah' dan 'Maks')
Jika cukai GST diharamkan berasaskan penafsiran simplistik bahawa 'haram kerajaan kutip cukai selain Zakat, sedekah, jizyah dan ushur', maka semua jenis cukai yg dikutip kerajaan sebelum ini tidak kira di Peringkat Persekutuan mahupun negeri2 termasuklah Kelantan, Selangor dan P.Pinang seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai premis perniagaan dll juga adalah Haram.
Perlu difahami bahawa isu cukai adalah termasuk dlm dimensi ijtihad khususnya dlm konteks Siyasah Syariyyah. Bahkan antara yang terawal melakukan ijtihad baru mengenakan cukai Kharaj adalah sahabat Nabi SAW sendiri iaitu Umar Al-Khattab. Ini kerana, Khalifah Umar mula melihat kemaslahatan atau keperluan untuk menjana pendapatan lain kepada kerajaan apabila wilayah kekuasaan Islam berkembang ke Iraq, Syam dan Mesir terutamanya dlm aspek perbelanjaan pertahanan, penggajian tentera dan pegawai2 kerajaan utk uruskan hal ehwak rakyat.
Sebagaimana yg dinukilkan oleh Imam Abu Yusuf dalam kitab Al-Kharaj yg ditulis untuk Amirul Mukminin Khalifah Harun Ar-Rasyid, "Khalifah Umar berijtihad utk perkenalkan cukai Kharaj setelah bermesyuarat dgn pimpinan dari kalangan Ansar dan Muhajirin bahawa keperluan untuk menampung perbelanjaan kerajaan yg telah meluaskan jajahannya sehingga Syam, Jazirah, Kufah, Basrah dan Mesir. Walaupun ditentang Abdur Rahman bin Au tetapi disokong Ali, Uthman, Talhah dan Ibnu Umar."
Sebab itulah ulamak2 kontemporari seperti Yusuf Al-Qaradawi dan Sheikh Ali Muhyiddin AlQurrah Daghi mengharuskan pengambilan cukai sebagai tambahan kepada Zakat, Sedekah, Jizyah dan Ushur bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pegawai2 kerajaan dan penyediaan infrastuktur utk kemudahan rakyat. Ini berasaskan kaedah fekah yg masyhur:
تصرف الإمام عن رعيته منوط بالمصلحة
"Pendekatan atau tindakan seorang pemerintah kepada rakyatnya adalah berasaskan kemaslahatan".
Berikut adalah komen dari pembaca yang dijawab balas oleh Asyraf Wahdi:
Shukri Rahman
saya tertarik komen tg hj hadi awang berkaitan cukai/gst dng merujuk konsep zakat.dalam zakat cuma yg mampu/berkeupayaan di kena zakat,yg miskin,x mampu tidak kena,manakala GST kaya miskin semua kena,adilkah,islamikkah?
Asyraf Wajdi Dusuki
Shukri Rahman, Zakat hanya disalurkan kepada asnaf tertentu dan tidak boleh digunakan utk keperluan rakyat yg lain seperti emolumen dan gaji pekerja2 kerajaan, pembangunan kemudahan asas utk rakyat. Sebab itulah zaman selepas Rasulullah SAW, ijithad pengurusan kewangan negara berkembang bermula dengan Khalifah Umar seterusnya zaman Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah. Satu lagi fakta yg tidak tepat, GST tidak memfokuskan pada rakyat miskin sebab itulah barangan keperluan asas seperti beras, sayur2an, minyak masak, semua barangan di pasar basar seperti ayam, ikan, daging dll tidak dikenakan GST.
Khairul Ashraf Muhamad
Tuan Shukri Rahman, dakwaan anda tentang GST dikenakan pada miskin dan kaya tidak tepat. GST dikenakan kepada barang2 tertentu, dan byk lagi barang2 yg tidak dikenakan GST.
Justeru, ia bukan cukai yg dikenakan kepada yg miskin, hatta kaya sekalipun. Mekanismenya diletakkan pada barangan dan perkhidmatan, bukan kelompok golongan yg diklasifikasikan sebagai miskin atau kaya.
Jadi GST yg dikenakan pada barang bergantung kepada kemampuan seseorang, tidak kira kaya atau miskin untuk membayarnya. Sepertimana setiap pengguna berhal memilih, pengguna spt sy dan kamu, tidak kira miskin atau kaya berhak menentukan banyak mana cukai atas barangan atau perkhidmatan tersebut yg kita mahu bayar.
Asyraf Wajdi Dusuki
Maaf pembetulan ejaan kaedah Fekah: تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلح ة
No comments:
Post a Comment