Tuesday, 18 February 2014

USTAZ BANGGA SEBARKAN KONON MIMPI BUNUH PERDANA MENTERI..... USTAZ APA TU ???


Dia menggelar dirinya 'USTAZ'.

Lazimnya, kenyataan USTAZ dipercayai oleh masyarakat kerana USTAZ penuh ilmu ugama di dada.




[ Sumber : Klik di sini ]

Jadi, mereka membaca status Facebook Ahmad Fadhli Shaari, klik di sini pastinya percaya dia memang telah bermimpi. Bermimpi menerima panggilan telefon meminta dia menghebahkan ganjaran RM500 kepada individu berjaya menembak Perdana Menteri.


Saya berharap status di atas bukan sekadar rekaan penceramah PAS akibat didorong tujuan tertentu, tersirat bukan tersurat.


Berikutan status itu, Fadhli telah mengundang kemarahan ramai pelayar di alam maya. Barangkali USTAZ Fadhli memang menantikan respon seperti di bawah.


Tidakkah USTAZ terfikir, kenyataan dicatatkan sebagai status itu, berpeluang ditatap lebih 10,000 pengikut setia, bakal mencetuskan kontroversi tidak diperlukan?



Jangan kerana emosi, kelak menyusahkan diri. USTAZ tolong gunakan otak bukan kepala lutut untuk berfikir buah fikiran di laman sosial.


Apapun, jangan kita menghina USTAZ itu, biar dia sendiri menghina dirinya. 

No comments: