Masih ingatkah anda kes tiga budak pembuli Sek Men Tun Hussein Onn di Seberang jaya yang menjadi viral dengan video klip Lan Todak tidak lama dahulu ?
Salah seorang daripada pelajar itu dikatakan telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kes langgar lari jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.
Pagi tu semasa dalam perjalanan ke sekolah di SK Taman Inderawasih, motor ditunggang arwah terlanggar motor yang terlibat kemalangan lalu tercampak dan meninggal.
Dia meninggal pada pagi Jumaat. Mayatnya tiba di Surau Tuna pada pukul 12.30 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya pada pukul 1. Arwah Munir, yang berbaju merah dalam gambar di atas telah banyak berubah setelah kes buli itu. Dia banyak membuat tugas-tugas kebajikan dan gotong royong seperti membersihkan surau/masjid.
Sebelum dia meninggal, dia sempat memohon maaf kepada ibu bapa dan mangsa buli tersebut. Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment