Tuesday 18 February 2014

SUAMI DATUK SURAYA YAACOB MENINGGAL DUNIA.... AL-FATIHAH

alt

KUALA LUMPUR 18 Feb - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob sekali lagi dilanda musibah apabila suaminya meniggal dunia akibat jangkitan kuman di kepala, selepas anak keduanya meninggal dunia pada 2010.

Suami Suraya, Allahyarham Syed Alfandi Syed Mansor barakbah, 47, meninggal dunia di Pusat Perubatan Putra petang tadi dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary.

Pada 2010, anak keduanya Syed Arif Syed Alfandi terlibat dalam kemalangan lalu lintas apabila sebuah kereta merempuhnya yang sedang berjalan kaki.

Arif berusia 12 tahun ketika kejadian berlaku.

Suraya merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri.

No comments: