Ahli perniagaan, Haji Amiruddin Othman, 59, hari ini mengejutkan media apabila memberitahu telah menceraikan isterinya yang dikaitkan dengan aktor Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib, 30.
Tanpa menjelaskan punca yang membawa kepada penceraian itu, Amiruddin memberitahu, tindakan itu demi kebaikan bersama.
“Setelah 10 tahun berkahwin, kami sudah cuba berbincang dan ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk dia dan anak kami juga. Bekas isteri saya memang tidak ada masalah dengan perceraian ini dan menyokong apa sahaja keputusan yang telah saya buat,” katanya ketika ditemui di Jabatan Peguam Negara, di sini.
Sebelum itu, dengan diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan, Amiruddin turut menyerahkan surat rayuan membuka semula kes membabitkan pelakon terkenal itu dan bekas isterinya.
Menurut ahli perniagaan ini, selepas keputusan kes sebelum ini mendapat status tiada tindakan lanjut (NFA), dia kembali membuat rayuan untuk membuka semula kes di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
“Walaupun saya sudah menceraikan isteri saya semalam, saya fikir permohonan untuk meneruskan kes ini dilihat sebagai cara terbaik bagi saya menegakkan keadilan.
“Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan sahaja daripada keluarga tetapi juga masyarakat, tetapi saya tetap mahu mendapatkan keadilan untuk semua pihak dengan sekali lagi membuat permohonan membuka semula kes ini, ” katanya.
No comments:
Post a Comment