DIKHABARKAN.... sebuah kilang memproses bahan kimia di Solok Sultan Sulaiman 1, Bandar Sultan Sulaiman, Klang telah terbakar sebentar tadi....
Pasukan bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran....
Dapatkan info seterusnya... klik di sini
UPDATE :
KLANG: Tiga buah gudang yang dipercayai menyimpan bahan kimia musnah dalam kebakaran di Bandar Sultan Sulaiman, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.
UPDATE :
KLANG: Tiga buah gudang yang dipercayai menyimpan bahan kimia musnah dalam kebakaran di Bandar Sultan Sulaiman, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.
Kejadian yang disedari orang awam yang berada dikawasan berdekatan gudang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak bomba.
Penguasa Kanan Bomba II Ketua Zon Klang Anuar Harun berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, tujuh jentera bomba bersama 56 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik bomba tiba dilokasi 50 peratus kawasan gudang berkenaan sudah musnah terbakar dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.00 malam.
"Sebaik bomba tiba dilokasi 50 peratus kawasan gudang berkenaan sudah musnah terbakar dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.00 malam.
"Cuaca yang berangin dan letupan daripada bahan kimia dari dalam gudang berkenaan menyebabkan api cepat merebak dan sukar dikawal," katanya.
Anuar berkata, anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kilang berdekatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. myMetro
No comments:
Post a Comment