Thursday 14 November 2013

RAFIZI NAFI 'PANGLIMA PERANG PKR' PANDAN MASUK UMNO

Rafizi nafi Aziz orang kanan, keluar parti - Terbakor

Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli menafikan individu yang didakwa sebagai orang kanan beliau akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam ini.

Beliau mendakwa, individu yang dikenali sebagai Aziz itu hanyalah seorang ahli biasa PKR Cabang Pandan dan pernah bertugas sebagai petugas pilihan raya di kawasan beliau pada PRU13 lalu.
“Agak nakal apabila Umno memutarbelitkan cerita bahawa Aziz itu orang kanan saya, Aziz hanyalah petugas di kawasan saya bertanding, termasuk kerja-kerja memasang bendera dan pemandu kereta kempen,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Aziz yang mendakwa orang kanan Rafizi akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Noh di bekas bilik gerakan PKR, di Pandan, malam ini.
Tambah beliau, Aziz mengambil tindakan menyertai Umno itu selepas ‘kecewa’ selepas khemah sementara bilik gerakan pilihan raya PKR yang diletakkan di hadapan rumah Aziz tidak dibayar sebaliknya beranggapan ia adalah sewa tapak sedangkan pihak parti meminta bantuan sahaja daripada sukarelawan.
“Beliau sebenarnya menuntut bayaran yang kami tidak penuhi, jika BN akan beri bayaran lumayan hingga RM5,000 bagi sewa satu tapak bilik gerakan itu.
“Oleh kerana beliau tidak bekerja, atas sifat ihsan, kerap kali saya hulurkan sedikit bantuan kewangan antara RM200 hingga RM300 sahaja sepanjang tempoh kempen pilihan raya lalu.
“Tidak adil jika selepas PRU13, hanya dia sahaja menuntut bayaran sedangkan petugas dan sukarelawan lain kembali kepada aktiviti masing-masing dan bekerja,” dakwanya lagi.
Ditanya sama ada Rafizi mempunyai perselisihan faham sebelum ini, beliau menegaskan tidak pernah timbul perkara tersebut malah Rafizi memberikan layanan yang baik sepanjang berkempen.
“Aziz berperwatakan baik, malangnya hingga sekarang beliau masih tidak bekerja, akibat kesempitan wang beliau pergi kepada Umno mengadu nasibnya.
“Umno lebih suka jika ahli kami pergi kepada mereka, dan ia berita gembira buat saya sebab tidak perlu melayan tuntutan wang yang sebenarnya tidak wujud,” katanya lagi. SH

No comments: