Thursday, 14 November 2013

RAJA EMA....OH! PAYUDARA...... RAJA EMA.....


Pernah muncul ketika 'menyepikan' diri dari dunia seni tanahair dengan mengenakan tudung (berhijab)....nampak ayu penampilannya ketika itu.... Tetapi tudung dah 'terbang' ketika dia membuat 'comeback' .....malah 'tertayang' semuanya di sebalik busana ketat yang membaluti tubuhnya kini....


Nama Raja Ema bukan asing dalam industri hiburan, lebih-lebih dia kini sudah pun membuat kemunculan semula dalam bidang yang menjadi asam garamnya sejak dahulu lagi.

Terbaru, namanya dipalitkan kontroversi gara-gara pemakaiannya semasa menghadiri majlis pelancaran butik online milik pelakon Didie Alias.

Peminat mengkritik pakaiannya yang disifatkan terlalu ketat sehinggga menonjolkan bentuk buah dadanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Raja Ema menerusi Harian Metro menjelaskan, “baju itu ok, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun”.

Pelakon berusia 45 tahun itu juga mengakui kesilapannya dalam kerana gemar memberi pose bercekak pinggang sehinggakan dadanya kelihatan menonjol dalam imej yang diambil oleh jurugambar.

“Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu,” ulasnya lagi.

Mungkin Raja Ema perlu lebih berhati-hati selepas ini apabila menyarungkan pakaian di tubuhnya kalau tidak mahu perkara seperti ini berulang kembali.

No comments: