Thursday, 14 November 2013

LUAHAN CINTA MONYET DARI SEHELAI KERTAS UNTUK ASHELY.....

love-letter-goes-viral

Dunia IT yang serba canggih dengan pelbagai gadget terkini nampaknya masih tidak mampu menandingi luahan cinta yang ditulis pada sekeping kertas.....

London : Surat cinta seorang kanak-kanak lelaki menjadi sensasi di Internet selepas ‘kekasih hatinya’ itu memberi tindak balas cukup pragmatik.

Surat budak itu yang dimuat naik ke Reddit, seminggu yang lalu,  berbunyi : “Kepada Ashely sudikah anda menjadi teman wanita saya? Saya sangat sukakan anda.” 

Dia kemudian memberikan tiga pilihan ‘ya, tidak dan mungkin’ dengan meminta Ashley memilih salah satu daripadanya.

Ashley membulatkan perkataan ‘tidak’ dan menjawab dia tidak dapat menjadi kekasih budak itu kerana sudah mempunyai teman lelaki bernama Kyle.

Bagaimanapun, lebih menarik lagi Ashley turut menambah kanak-kanak itu akan menjadi pilihannya untuk apabila dia dan Kyle memutuskan hubungan satu hari nanti.

“Itu mungkin berlaku dalam sebulan atau dua lagi,” katanya mengakhiri surat itu.

Surat cinta monyet itu menjadi popular sebaik dimuat naik ke Reddit, semalam dengan lebih 1.25 juta pembaca setakat ini. – Agensi

No comments: