Makanan sedap, terkenal dan digemari ramai belum tentu jaminan bahawa ianya bersih dan selamat untuk dimakan. Penutupan Restoren nasi kandar terkenal di Ipoh, Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh atau lebih dikenali sebagai Nasi Ganja Ipoh atau Vanggey yang terletak di Jalan Yang Kalsom tidak mengejutkan.
Gerai nasi kandar berkenaan yang menyewa di Kedai Kopi Yong Suan telah diarahkan tutup bermula hari ini selama 4 hari. Pastinya pengemar Nasi Ganja Ipoh menggeletar ketagihan. Eloklah tu. Biarlah taukeh kedai berbangsa Cina tersebut membersihkan kedainya terutama di bahagian belakang tempat membuat air minuman. Kotor sangat rasanya semasa CTS singgah makan bulan lepas.
Paling sadis.... beberapa hari lalu, terdapat khabar angin mendakwa premis nasi kandar itu menggunakan najis sebagai bahan pelaris makanan itu terutamanya di laman sosial Facebook.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan wakil wakil premis dan menjelaskan fitnah yang dilemparkan langsung itu tidak berasas sama sekali.
Kedai nasi ganja ni bukan Restoran Nasi Vanggey macam dalam gambar kat bawah ni tau.. jangan salah faham...
No comments:
Post a Comment