ISLAMABAD - Sebuah serangan dengan pesawat tak berawak (drone) milik Amerika Syarikat telah menewaskan pimpinan Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud, di Waziristan Utara yang bersempadan dengan Afghanistan.
Sumber-sumber di Pakistan yang dikutip Al Jazeera menyatakan, "Kami dapat mengesahkan bahawa Hakimullah Mehsud tewas dalam serangan pesawat tak berawak," kata sumber itu, pada Jumaat (1/11/2013).
Pihak Taliban Pakistan juga telah mengenal pasti pembunuhan Mehsud tersebut. "Ini mungkin terbukti menjadi perubahan permaianan," katanya.
Empat pejabat keamanan mengesahkan kematian tersebut kepada agensi berita Reuters. Disebutkan bahawa pengawal dan pemandu peribadi Mehsud juga terbunuh, kata mereka.
"Di antara orang yang terbunuh, yang dalam jumlah besar, adalah Hakimullah, seseorang pengawal, Tariq Mehsud, dan pemandu peribadi, Abdullah Mehsud, dua orang terdekatnya," kata satu sumber intelijen di Pakistan.
Drone memuntahkan empat rudal ke sebuah kompleks di Danda Darpa Khel, sebuah desa sekitar lima kilometer dari ibukota Waziristan Utara, Miranshah, dan sekurang-kurangnya empat orang telah terbunuh, kata beberapa sumber.
Wilayah ini merupakan salah satu dari tujuh wilayah kesukuan semi-otonomi di sepanjang sempadan Afghanistan. Pihak Washington menganggap wilayah ini sebagai pusat kelompok Taliban dan kelompok Al-Qaeda untuk merancang serangan terhadap Barat dan di Afghanistan.
Mehsud terbunuh setelah menghadiri pertemuan 25 pemimpin Taliban membincangkan tawaran pemerintah untuk pembicaraan perdamaian, kata mereka. Sementara itu, saluran TV tempatan mengatakan bahawa pemakaman Mehsud akan berlangsung pada hari Sabtu (2/11) di Miranshah.
Protes Serangan Drone
Pemerintah Pakistan sebelumnya mengeluarkan kenyataan yang mengecam serangan AS dengan pesawat tak berawak. Protes tersebut menyusul laporan dari penggiat hak asasi manusia, kerana mengorbankan warga minoriti yang tidak terkait dengan target serangan. Namun pemerintah Pakistan tidak memberikan sebarang laporan tentang kematian Mehsud.
Chaudhry Nisar Ali, Menteri Dalam Negeri Pakistan, mengatakan bahawa dia tidak dapat mengesahkah kematian Mehsud. Imran Khan, pemimpin oposisi Dari Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, mengutuk serangan pesawat tak berawak yang membunuh Mehsud sebagai sebahagian dari usaha untuk mensabotaj proses dialog antara kerajaan dan Taliban Pakistan.
Sebagai pemimpin Taliban Pakistan, Mehsud adalah orang yang paling dicari oleh Pakistan dan Amerika Syarikat yang menyediakan hadiah US$ 5.000.000 untuk menangkap atau membunuh pemuda yang diyakini berusia sekitar 30 tahun.
Mehsud, sempat beberapa kali dilaporkan terbunuh. Dia menjadi pemimpin Taliban Pakistan pada Ogos 2009 setelah serangan pesawat tak berawak mengorbankan Baitullah Mehsud, pemimpin kelompok terdahulu dan mentor Hakimullah itu.
Taliban Pakistan merupakan payung bagi berbagai kelompok jihad yang terpisah dan bersekutu dengan Taliban Afghanistan. Pada bulan Mei , sebuah serangan pesawat tak berawak telah membunuh orang penting kedua Mehsud, dan salah seorang leftenannya yang ditangkap di Afghanistan bulan lalu.
Kematian Mehsud berlaku ketika perdebatan dan usaha pembicaraan damai antara Taliban dan Pemerintah baru Pakistan di bawah Perdana Menteri, Nawaz Sharif sedang berlangsung. Dia terpilih pada pemilu bulan Mei, dan berjanji untuk menghentikan pemberontakan.
Kementerian Pertahanan Pakistan, pada Rabu mengatakan bahawa 317 serangan pesawat tak berawak AS di daerah kesukuan negara itu telah membunuh 67 warga sipil dan 2.160 pejuang di Pakistan sejak 2008. Organisasi-organisasi lain telah memberikan jumlah mangsa yang jauh lebih tinggi hasil serangan pesawat tak berawak di wilayah tersebut.(aljazeera.com)
No comments:
Post a Comment