Saturday 2 November 2013

PENGUNDI SG. LIMAU TOLAK DSAI...??? TETAPI ANWAR SELAMBA BERTAZKIRAH DALAM MASJID..... #PRKSgLimau


Katanya.....Pengundi Sungai Limau menolak kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim lapor blog kedahkekl yang merujuk kepada pemasangan banner ‘Kami Menolak Kehadiran Anwar Ibrahim Di DUN Sungai Limau.’


“Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.
“Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.
“Bagi Anwar pula dia sememangnya tidak layak untuk memijak bumi Sg Limau kerana dia lah orang yang bertindak mahu menjatuhkan Ustaz Azizan dan mahu menaikkan proksinya sebagai MB jika Pakatan masih menang di Kedah tempohari,” dakwa blog itu. 
Malah.. Menurut Helme Hanafi, wartawan Agendadaily, Anwar dijadualkan berkempen untuk masyarakat Cina, namun dalam masa sama dijadualkan akan memberikan tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16, Sungai Limau.
Perbuatan Anwar memberi tazkirah adalah salah kata Helme kerana Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai tauliah mengajar di masjid-masjid Kedah.
“Dengar kata, Jabatan Agama Islam negeri bersedia untuk ‘stop’ tazkirah Anwar jika beliau masih berdegil untuk teruskan. Ini kerana mengajar tanpa tauliah seperti mencabar Sultan, penasihat tertinggi hal ehwal agama Islam negeri dan pemberi tauliah, “lapor Helme.
TETAPI.....akhirnya..... 

Anwar bertazkirah tanpa gangguan

Lokasi : Masjid Batu 16, Jalan Guar Chempedak  
               Alor Setar, Sg Limau, Yan, Kedah
Acara : Solat Maghrib dan Tazkirah oleh Anwar Ibrahim
Tarikh : 1/11/2013

Berita mengenai tazkirah oleh Anwar Ibrahim telah kami ketahui 
sejak seminggu yang lalu dan kedengaran macam-macam cerita 
mengenai cubaan menghalang beliau dari meneruskan majlis tersebut.

Sebentar tadi beliau solat Maghrib berjemaah dan seterusnya 
menyampaikan tazkirah berkisar antara lain mengenai mengimarahkan 
masjid dan kekuatan iman melalui solat dan amalan membayar zakat.



Kehadiran polis beruniform dianggarkan sekitar 30 orang......
tidak termasuk Special Branch..


Lagi gambar-gambar ......  klik di sini

2 comments:

ahlee said...

NI Tok Haji anuwar bersyarah ke?bila pi naik haji?

Bicara Perjuangan said...

besaq sungguh 'tauliah' tuan haji sheikh anwar al-jub ni smpai jabatan agama pun tak mampu nak 'stop'..!!!!!